سُوۡرَةُ الطّلاَق
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَطَلِّقُوهُنَّ
لِعِدَّتِہِنَّ وَأَحۡصُواْ ٱلۡعِدَّةَۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ رَبَّڪُمۡۖ لَا
تُخۡرِجُوهُنَّ مِنۢ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخۡرُجۡنَ إِلَّآ أَن يَأۡتِينَ
بِفَـٰحِشَةٍ۬ مُّبَيِّنَةٍ۬ۚ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ
ٱللَّهِ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهُ ۥۚ لَا تَدۡرِى لَعَلَّ ٱللَّهَ يُحۡدِثُ بَعۡدَ
ذَٲلِكَ أَمۡرً۬ا (١) فَإِذَا بَلَغۡنَ
أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ۬
وَأَشۡہِدُواْ ذَوَىۡ عَدۡلٍ۬ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَ لِلَّهِۚ
ذَٲلِڪُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۚ
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن
يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ
أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣)
وَٱلَّـٰٓـِٔى يَٮِٕسۡنَ مِنَ ٱلۡمَحِيضِ مِن
نِّسَآٮِٕكُمۡ إِنِ ٱرۡتَبۡتُمۡ فَعِدَّتُہُنَّ ثَلَـٰثَةُ أَشۡهُرٍ۬
وَٱلَّـٰٓـِٔى لَمۡ يَحِضۡنَۚ وَأُوْلَـٰتُ ٱلۡأَحۡمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعۡنَ
حَمۡلَهُنَّۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِهِۦ يُسۡرً۬ا
(٤) ذَٲلِكَ أَمۡرُ ٱللَّهِ
أَنزَلَهُ ۥۤ إِلَيۡكُمۡۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ
وَيُعۡظِمۡ لَهُ ۥۤ أَجۡرًا (٥) أَسۡكِنُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ سَكَنتُم مِّن وُجۡدِكُمۡ وَلَا
تُضَآرُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُواْ عَلَيۡہِنَّۚ وَإِن كُنَّ أُوْلَـٰتِ حَمۡلٍ۬
فَأَنفِقُواْ عَلَيۡہِنَّ حَتَّىٰ يَضَعۡنَ حَمۡلَهُنَّۚ فَإِنۡ أَرۡضَعۡنَ لَكُمۡ
فَـَٔاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّۖ وَأۡتَمِرُواْ بَيۡنَكُم بِمَعۡرُوفٍ۬ۖ وَإِن
تَعَاسَرۡتُمۡ فَسَتُرۡضِعُ لَهُ ۥۤ أُخۡرَىٰ (٦) لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٍ۬ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ
عَلَيۡهِ رِزۡقُهُ ۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَٮٰهُ ٱللَّهُۚ لَا يُكَلِّفُ
ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَآ ءَاتَٮٰهَاۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٍ۬
يُسۡرً۬ا (٧) وَكَأَيِّن مِّن قَرۡيَةٍ
عَتَتۡ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّہَا وَرُسُلِهِۦ فَحَاسَبۡنَـٰهَا حِسَابً۬ا شَدِيدً۬ا
وَعَذَّبۡنَـٰهَا عَذَابً۬ا نُّكۡرً۬ا (٨) فَذَاقَتۡ وَبَالَ أَمۡرِهَا وَكَانَ عَـٰقِبَةُ أَمۡرِهَا خُسۡرًا (٩)
أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُمۡ عَذَابً۬ا
شَدِيدً۬اۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْۚ قَدۡ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكُمۡ ذِكۡرً۬ا (١٠) رَّسُولاً۬ يَتۡلُواْ عَلَيۡكُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ
مُبَيِّنَـٰتٍ۬ لِّيُخۡرِجَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنَ
ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَـٰلِحً۬ا
يُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ
أَبَدً۬اۖ قَدۡ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ لَهُ ۥ رِزۡقًا (١١) ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ وَمِنَ
ٱلۡأَرۡضِ مِثۡلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلۡأَمۡرُ بَيۡنَہُنَّ لِتَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ
ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ
شَىۡءٍ عِلۡمَۢا (١٢)
Surah At-Talaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan
isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan
idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada
Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah
kediamannya (sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka
keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata
dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan
sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia telah
berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak
mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang
lain). / (1) Kemudian, apabila mereka
(hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan
cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua
orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya)
dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana
Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan
pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa
yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan
(Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah
baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap
melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar
dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3) Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa
dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka
idahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak
berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka
melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada
Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. (4)
Peraturan-peraturan yang demikian adalah
hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu dan (ingatlah),
sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan
kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya. (5)
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani
idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah
kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan
hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat
itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka
nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika
mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan
berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan
(sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah
perempuan lain menyusukannya. (6) Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan
sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa
yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati
seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.
(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan
kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (7) Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap
perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu
persatu dengan hitungan yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab
yang tidak pernah dikenal dahsyatnya. (8) Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya dan
menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar. (9)
Allah menyediakan bagi mereka azab seksa
yang seberat-beratnya. Maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang
berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah
menurunkan kepada kamu peringatan; (10) (Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang
membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah
mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal
soleh dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayat petunjuk) dan
(ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan
oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah
mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian)
telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian. (11) Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia
menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara
alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya
Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. / (12)