سُوۡرَةُ التّغَابُن
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۖ لَهُ
ٱلۡمُلۡكُ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ (١)
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ فَمِنكُمۡ ڪَافِرٌ۬
وَمِنكُم مُّؤۡمِنٌ۬ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ (٢)
خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ
بِٱلۡحَقِّ وَصَوَّرَكُمۡ فَأَحۡسَنَ صُوَرَكُمۡۖ وَإِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ (٣)
يَعۡلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ
وَيَعۡلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعۡلِنُونَۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِذَاتِ
ٱلصُّدُورِ (٤) أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَبَؤُاْ
ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَبۡلُ فَذَاقُواْ وَبَالَ أَمۡرِهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ
أَلِيمٌ۬ (٥) ذَٲلِكَ بِأَنَّهُ ۥ كَانَت
تَّأۡتِيہِمۡ رُسُلُهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ فَقَالُوٓاْ أَبَشَرٌ۬ يَہۡدُونَنَا
فَكَفَرُواْ وَتَوَلَّواْۚ وَّٱسۡتَغۡنَى ٱللَّهُۚ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَمِيدٌ۬
(٦) زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ
أَن لَّن يُبۡعَثُواْۚ قُلۡ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتُبۡعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ
بِمَا عَمِلۡتُمۡۚ وَذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ (٧) فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلنُّورِ ٱلَّذِىٓ
أَنزَلۡنَاۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (٨) يَوۡمَ يَجۡمَعُكُمۡ لِيَوۡمِ ٱلۡجَمۡعِۖ ذَٲلِكَ يَوۡمُ
ٱلتَّغَابُنِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَـٰلِحً۬ا يُكَفِّرۡ عَنۡهُ
سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ
خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬اۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٩)
وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَڪَذَّبُواْ
بِـَٔايَـٰتِنَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ خَـٰلِدِينَ فِيہَاۖ
وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ (١٠) مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ
بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (١١)
وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ
ٱلرَّسُولَۚ فَإِن تَوَلَّيۡتُمۡ فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَـٰغُ
ٱلۡمُبِينُ (١٢) ٱللَّهُ لَآ
إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١٣)
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ
مِنۡ أَزۡوَٲجِكُمۡ وَأَوۡلَـٰدِڪُمۡ عَدُوًّ۬ا لَّڪُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡۚ وَإِن
تَعۡفُواْ وَتَصۡفَحُواْ وَتَغۡفِرُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ (١٤)
إِنَّمَآ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ
فِتۡنَةٌ۬ۚ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥۤ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬ (١٥) فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ وَٱسۡمَعُواْ
وَأَطِيعُواْ وَأَنفِقُواْ خَيۡرً۬ا لِّأَنفُسِڪُمۡۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ
فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٦) إِن تُقۡرِضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا يُضَـٰعِفۡهُ لَكُمۡ
وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ (١٧) عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّہَـٰدَةِ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
(١٨)
Surah At-Taghabun
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap
tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan dan bagiNyalah segala pujian
dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (1) Dialah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada
sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman dan
Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas
masing-masing). (2) Dia menciptakan langit
dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Dia menentukan bentuk
rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu dan kepadaNyalah tempat kembali. (3)
Dia mengetahui segala yang ada di langit
dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu
zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di
dalam dada; (4) Bukankah telah sampai kepada
kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang
buruk dari perbuatan kufur mereka dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh
azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (5) (Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah
didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa
keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata: Patutkah manusia
(yang seperti kami menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami? Lalu
mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran) dan Allah pun menyatakan
tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka) dan
Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji. (6) (Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir
(ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di
bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan
dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah
kerjakan dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. (7)
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan
kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran yang Kami turunkan dan
(ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
(8) (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu
pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), itulah hari masing-masing nampak
kerugiannya dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan
amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. (9)
Dan orang-orang yang kafir serta
mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka, kekallah mereka di
dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (10) Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa
(seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah,
Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan
tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(11) Dan taatlah kamu kepada Allah
serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah
yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul
Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. (12)
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia dan
dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib
berserah diri. (13) Wahai orang-orang
yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu
yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu
terhadap mereka dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta
mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu),
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14)
Sesungguhnya harta benda kamu dan
anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang
besar. (15) Oleh itu bertakwalah kamu
kepada Allah sedaya supaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya)
serta taatlah (akan perintah-perintahNya) dan belanjakanlah harta kamu (serta
buatlah) kebajikan untuk diri kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta
memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah
orang-orang yang berjaya. (16) Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang
baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan
kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang
kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). (17) Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata,
(dan Dialah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. / (18)