سُوۡرَةُ التّحْریم
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكَۖ
تَبۡتَغِى مَرۡضَاتَ أَزۡوَٲجِكَۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١)
قَدۡ فَرَضَ ٱللَّهُ لَكُمۡ تَحِلَّةَ
أَيۡمَـٰنِكُمۡۚ وَٱللَّهُ مَوۡلَٮٰكُمۡۖ وَهُوَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ (٢)
وَإِذۡ أَسَرَّ ٱلنَّبِىُّ إِلَىٰ بَعۡضِ
أَزۡوَٲجِهِۦ حَدِيثً۬ا فَلَمَّا نَبَّأَتۡ بِهِۦ وَأَظۡهَرَهُ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ
عَرَّفَ بَعۡضَهُ ۥ وَأَعۡرَضَ عَنۢ بَعۡضٍ۬ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِۦ قَالَتۡ
مَنۡ أَنۢبَأَكَ هَـٰذَاۖ قَالَ نَبَّأَنِىَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡخَبِيرُ (٣)
إِن تَتُوبَآ إِلَى ٱللَّهِ فَقَدۡ صَغَتۡ
قُلُوبُكُمَاۖ وَإِن تَظَـٰهَرَا عَلَيۡهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ مَوۡلَٮٰهُ
وَجِبۡرِيلُ وَصَـٰلِحُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ بَعۡدَ ذَٲلِكَ
ظَهِيرٌ (٤) عَسَىٰ رَبُّهُ ۥۤ إِن
طَلَّقَكُنَّ أَن يُبۡدِلَهُ ۥۤ أَزۡوَٲجًا خَيۡرً۬ا مِّنكُنَّ مُسۡلِمَـٰتٍ۬
مُّؤۡمِنَـٰتٍ۬ قَـٰنِتَـٰتٍ۬ تَـٰٓٮِٕبَـٰتٍ عَـٰبِدَٲتٍ۬ سَـٰٓٮِٕحَـٰتٍ۬
ثَيِّبَـٰتٍ۬ وَأَبۡكَارً۬ا (٥) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ
نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬
شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ
(٦) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ
كَفَرُواْ لَا تَعۡتَذِرُواْ ٱلۡيَوۡمَۖ إِنَّمَا تُجۡزَوۡنَ مَا كُنتُمۡ
تَعۡمَلُونَ (٧) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن
يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن
تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِہِمۡ
يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآۖ إِنَّكَ عَلَىٰ
ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٨) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ جَـٰهِدِ ٱلۡڪُفَّارَ وَٱلۡمُنَـٰفِقِينَ
وَٱغۡلُظۡ عَلَيۡہِمۡۚ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ (٩)
ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ لِّلَّذِينَ
كَفَرُواْ ٱمۡرَأَتَ نُوحٍ۬ وَٱمۡرَأَتَ لُوطٍ۬ۖ ڪَانَتَا تَحۡتَ عَبۡدَيۡنِ مِنۡ
عِبَادِنَا صَـٰلِحَيۡنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمۡ يُغۡنِيَا عَنۡہُمَا مِنَ ٱللَّهِ
شَيۡـًٔ۬ا وَقِيلَ ٱدۡخُلَا ٱلنَّارَ مَعَ ٱلدَّٲخِلِينَ (١٠)
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ لِّلَّذِينَ
ءَامَنُواْ ٱمۡرَأَتَ فِرۡعَوۡنَ إِذۡ قَالَتۡ رَبِّ ٱبۡنِ لِى عِندَكَ بَيۡتً۬ا
فِى ٱلۡجَنَّةِ وَنَجِّنِى مِن فِرۡعَوۡنَ وَعَمَلِهِۦ وَنَجِّنِى مِنَ ٱلۡقَوۡمِ
ٱلظَّـٰلِمِينَ (١١) وَمَرۡيَمَ ٱبۡنَتَ
عِمۡرَٲنَ ٱلَّتِىٓ أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا
وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَـٰتِ رَبِّہَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتۡ مِنَ ٱلۡقَـٰنِتِينَ
(١٢)
Surah At-Tahrim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu
daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau
hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan
kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(1) Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi
kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan
membayar denda iaitu kafarah) dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan
keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (2)
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu
suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian
apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya)
dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur
isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah
dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu
tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya,
isterinya bertanya: Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? Nabi
menjawab: Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam
PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi). (3)
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah
(wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya
hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika
kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka
yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah
Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan
orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya. (4)
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu,
Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu,
yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang
tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara. (5)
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah
diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan
batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras
kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan. (6) (Malaikat itu akan
berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam Neraka): Hai orang-orang
yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada
hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan
apa yang kamu telah kerjakan. (7) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan
kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman
bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di
hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka
berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan
kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada
kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (8)
Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang)
orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka
dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali. (9) Allah mengemukakan
satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang
kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman
dengan sebenar-benarnya), iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut;
mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba
Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku
khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat
Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab)
Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan):
Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke
situ). (10) Dan Allah mengemukakan satu
misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang
mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan
imannya), iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku!
Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari
Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari
kaum yang zalim; (11) Dan juga (satu misal
perbandingan lagi, iaitu): Mariam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan)
yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki;
tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan
Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami dan
(sekalipun Mariam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran
Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya dan dia menjadi dari orang-orang
yang tetap taat. / (12)