سُوۡرَةُ الحُجرَات
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ
ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬
(١) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ لَا تَرۡفَعُوٓاْ أَصۡوَٲتَكُمۡ فَوۡقَ صَوۡتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا
تَجۡهَرُواْ لَهُ ۥ بِٱلۡقَوۡلِ كَجَهۡرِ بَعۡضِڪُمۡ لِبَعۡضٍ أَن تَحۡبَطَ
أَعۡمَـٰلُكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ (٢) إِنَّ ٱلَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصۡوَٲتَهُمۡ عِندَ رَسُولِ
ٱللَّهِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱمۡتَحَنَ ٱللَّهُ قُلُوبَہُمۡ لِلتَّقۡوَىٰۚ
لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ عَظِيمٌ (٣) إِنَّ ٱلَّذِينَ يُنَادُونَكَ مِن وَرَآءِ ٱلۡحُجُرَٲتِ أَڪۡثَرُهُمۡ
لَا يَعۡقِلُونَ (٤) وَلَوۡ أَنَّہُمۡ
صَبَرُواْ حَتَّىٰ تَخۡرُجَ إِلَيۡہِمۡ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُمۡۚ وَٱللَّهُ
غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٥) يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن
تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ
نَـٰدِمِينَ (٦) وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ فِيكُمۡ
رَسُولَ ٱللَّهِۚ لَوۡ يُطِيعُكُمۡ فِى كَثِيرٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡرِ لَعَنِتُّمۡ
وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَزَيَّنَهُ ۥ فِى
قُلُوبِكُمۡ وَكَرَّهَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡكُفۡرَ وَٱلۡفُسُوقَ وَٱلۡعِصۡيَانَۚ
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلرَّٲشِدُونَ (٧) فَضۡلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَنِعۡمَةً۬ۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ۬ (٨)
وَإِن طَآٮِٕفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا عَلَى
ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَـٰتِلُواْ ٱلَّتِى تَبۡغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ
ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْۖ
إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ (٩) إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬
مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن
نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ
أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ
بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
(١١) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬ۖ
وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن
يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ
ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ
وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ
عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣)
۞ قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل
لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَـٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَـٰنُ
فِى قُلُوبِكُمۡۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ
أَعۡمَـٰلِكُمۡ شَيۡـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ (١٤)
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ يَرۡتَابُواْ وَجَـٰهَدُواْ
بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ
ٱلصَّـٰدِقُونَ (١٥) قُلۡ أَتُعَلِّمُونَ
ٱللَّهَ بِدِينِڪُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى
ٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (١٦) يَمُنُّونَ عَلَيۡكَ أَنۡ أَسۡلَمُواْۖ قُل لَّا
تَمُنُّواْ عَلَىَّ إِسۡلَـٰمَكُمۖ بَلِ ٱللَّهُ يَمُنُّ عَلَيۡكُمۡ أَنۡ
هَدَٮٰكُمۡ لِلۡإِيمَـٰنِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (١٧) إِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ
وَٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (١٨)
Surah Al-Hujraat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai
(melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan
RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui. (1) Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah
kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana
setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang
lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya,
sedang kamu tidak menyedarinya. (2) Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka
berada di sisi Rasulullah s.a.w, merekalah orang-orang yang telah dibersihkan
Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang
besar. (3) Sesungguhnya orang-orang yang
memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan
mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib). (4) Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau
keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (5) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (6) Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada
Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului
pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara,
tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut
melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang
beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang
kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan
perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci;
mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang
lurus. (7) (Mereka dijadikan berkeadaan
demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah dan (ingatlah),
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (8) Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman
berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim
terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali
mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara
keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam
segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (9)
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu
adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang
bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang
lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan
janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang
lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang
yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik
(kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak
bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
(11) Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan
yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari
kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya
Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan
keadaan dan amalan kamu). (13) Orang-orang "A`raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai
Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara
iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah
Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin),
Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14)
Sesungguhnya orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan
RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta
mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka
itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (15) Katakanlah (kepada orang-orang "A`raab" itu wahai
Muhammad): Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu
(dengan berkata: Kami telah beriman)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(16) Mereka mengira dirinya
berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan
dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): Janganlah kamu mengira
keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu
sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada
kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu),
kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (17)
Sesungguhnya Allah mengetahui segala
rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. /
(18)