سُوۡرَةُ الفَتْح
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحً۬ا مُّبِينً۬ا (١) لِّيَغۡفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا
تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعۡمَتَهُ ۥ عَلَيۡكَ وَيَہۡدِيَكَ صِرَٲطً۬ا مُّسۡتَقِيمً۬ا
(٢) وَيَنصُرَكَ ٱللَّهُ نَصۡرًا
عَزِيزًا (٣) هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ
ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِيمَـٰنً۬ا مَّعَ
إِيمَـٰنِہِمۡۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ
عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٤) لِّيُدۡخِلَ
ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ
خَـٰلِدِينَ فِيہَا وَيُڪَفِّرَ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِہِمۡۚ وَكَانَ ذَٲلِكَ عِندَ
ٱللَّهِ فَوۡزًا عَظِيمً۬ا (٥) وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ
وَٱلۡمُشۡرِكَـٰتِ ٱلظَّآنِّينَ بِٱللَّهِ ظَنَّ ٱلسَّوۡءِۚ عَلَيۡہِمۡ
دَآٮِٕرَةُ ٱلسَّوۡءِۖ وَغَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيۡہِمۡ وَلَعَنَهُمۡ وَأَعَدَّ
لَهُمۡ جَهَنَّمَۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرً۬ا (٦) وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ
عَزِيزًا حَكِيمًا (٧) إِنَّآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ
شَـٰهِدً۬ا وَمُبَشِّرً۬ا وَنَذِيرً۬ا (٨) لِّتُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُعَزِّرُوهُ وَتُوَقِّرُوهُ
وَتُسَبِّحُوهُ بُڪۡرَةً۬ وَأَصِيلاً (٩) إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ
ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ
وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا
(١٠) سَيَقُولُ لَكَ
ٱلۡمُخَلَّفُونَ مِنَ ٱلۡأَعۡرَابِ شَغَلَتۡنَآ أَمۡوَٲلُنَا وَأَهۡلُونَا
فَٱسۡتَغۡفِرۡ لَنَاۚ يَقُولُونَ بِأَلۡسِنَتِهِم مَّا لَيۡسَ فِى قُلُوبِهِمۡۚ
قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ لَكُم مِّنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔا إِنۡ أَرَادَ بِكُمۡ ضَرًّا أَوۡ
أَرَادَ بِكُمۡ نَفۡعَۢاۚ بَلۡ كَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرَۢا (١١)
بَلۡ ظَنَنتُمۡ أَن لَّن يَنقَلِبَ
ٱلرَّسُولُ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِلَىٰٓ أَهۡلِيهِمۡ أَبَدً۬ا وَزُيِّنَ ذَٲلِكَ فِى
قُلُوبِكُمۡ وَظَنَنتُمۡ ظَنَّ ٱلسَّوۡءِ وَڪُنتُمۡ قَوۡمَۢا بُورً۬ا (١٢)
وَمَن لَّمۡ يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ
وَرَسُولِهِۦ فَإِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلۡكَـٰفِرِينَ سَعِيرً۬ا (١٣)
وَلِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ
وَٱلۡأَرۡضِۚ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۚ وَڪَانَ ٱللَّهُ
غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (١٤) سَيَقُولُ ٱلۡمُخَلَّفُونَ إِذَا ٱنطَلَقۡتُمۡ إِلَىٰ مَغَانِمَ
لِتَأۡخُذُوهَا ذَرُونَا نَتَّبِعۡكُمۡۖ يُرِيدُونَ أَن يُبَدِّلُواْ كَلَـٰمَ
ٱللَّهِۚ قُل لَّن تَتَّبِعُونَا ڪَذَٲلِكُمۡ قَالَ ٱللَّهُ مِن قَبۡلُۖ
فَسَيَقُولُونَ بَلۡ تَحۡسُدُونَنَاۚ بَلۡ كَانُواْ لَا يَفۡقَهُونَ إِلَّا
قَلِيلاً۬ (١٥) قُل
لِّلۡمُخَلَّفِينَ مِنَ ٱلۡأَعۡرَابِ سَتُدۡعَوۡنَ إِلَىٰ قَوۡمٍ أُوْلِى بَأۡسٍ۬
شَدِيدٍ۬ تُقَـٰتِلُونَہُمۡ أَوۡ يُسۡلِمُونَۖ فَإِن تُطِيعُواْ يُؤۡتِكُمُ
ٱللَّهُ أَجۡرًا حَسَنً۬اۖ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ كَمَا تَوَلَّيۡتُم مِّن قَبۡلُ
يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمً۬ا (١٦) لَّيۡسَ عَلَى ٱلۡأَعۡمَىٰ حَرَجٌ۬ وَلَا عَلَى ٱلۡأَعۡرَجِ حَرَجٌ۬
وَلَا عَلَى ٱلۡمَرِيضِ حَرَجٌ۬ۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ يُدۡخِلۡهُ
جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُۖ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبۡهُ
عَذَابًا أَلِيمً۬ا (١٧) ۞ لَّقَدۡ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذۡ يُبَايِعُونَكَ
تَحۡتَ ٱلشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِى قُلُوبِہِمۡ فَأَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ
عَلَيۡہِمۡ وَأَثَـٰبَهُمۡ فَتۡحً۬ا قَرِيبً۬ا (١٨) وَمَغَانِمَ كَثِيرَةً۬ يَأۡخُذُونَہَاۗ وَكَانَ ٱللَّهُ
عَزِيزًا حَكِيمً۬ا (١٩) وَعَدَكُمُ ٱللَّهُ مَغَانِمَ ڪَثِيرَةً۬ تَأۡخُذُونَہَا فَعَجَّلَ
لَكُمۡ هَـٰذِهِۦ وَكَفَّ أَيۡدِىَ ٱلنَّاسِ عَنكُمۡ وَلِتَكُونَ ءَايَةً۬
لِّلۡمُؤۡمِنِينَ وَيَهۡدِيَكُمۡ صِرَٲطً۬ا مُّسۡتَقِيمً۬ا (٢٠)
وَأُخۡرَىٰ لَمۡ تَقۡدِرُواْ عَلَيۡہَا قَدۡ
أَحَاطَ ٱللَّهُ بِہَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرً۬ا (٢١)
وَلَوۡ قَـٰتَلَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ
لَوَلَّوُاْ ٱلۡأَدۡبَـٰرَ ثُمَّ لَا يَجِدُونَ وَلِيًّ۬ا وَلَا نَصِيرً۬ا (٢٢)
سُنَّةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى قَدۡ خَلَتۡ مِن
قَبۡلُۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣) وَهُوَ ٱلَّذِى كَفَّ أَيۡدِيَهُمۡ عَنكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ
عَنۡہُم بِبَطۡنِ مَكَّةَ مِنۢ بَعۡدِ أَنۡ أَظۡفَرَكُمۡ عَلَيۡهِمۡۚ وَكَانَ
ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا (٢٤) هُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَصَدُّوڪُمۡ عَنِ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ
وَٱلۡهَدۡىَ مَعۡكُوفًا أَن يَبۡلُغَ مَحِلَّهُ ۥۚ وَلَوۡلَا رِجَالٌ۬
مُّؤۡمِنُونَ وَنِسَآءٌ۬ مُّؤۡمِنَـٰتٌ۬ لَّمۡ تَعۡلَمُوهُمۡ أَن تَطَـُٔوهُمۡ
فَتُصِيبَكُم مِّنۡهُم مَّعَرَّةُۢ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ۖ لِّيُدۡخِلَ ٱللَّهُ فِى
رَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۚ لَوۡ تَزَيَّلُواْ لَعَذَّبۡنَا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ
مِنۡهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا (٢٥) إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ
حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ
وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ
بِہَا وَأَهۡلَهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٢٦)
لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ
ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ
ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَۖ فَعَلِمَ مَا
لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٲلِكَ فَتۡحً۬ا قَرِيبًا (٢٧)
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ
بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦۚ وَكَفَىٰ
بِٱللَّهِ شَهِيدً۬ا (٢٨) مُّحَمَّدٌ۬ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ أَشِدَّآءُ
عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَہُمۡۖ تَرَٮٰهُمۡ رُكَّعً۬ا سُجَّدً۬ا
يَبۡتَغُونَ فَضۡلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنً۬اۖ سِيمَاهُمۡ فِى وُجُوهِهِم
مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِۚ ذَٲلِكَ مَثَلُهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِۚ وَمَثَلُهُمۡ
فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ
فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِہِمُ ٱلۡكُفَّارَۗ
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنۡہُم
مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا (٢٩)
Surah Al-Fath
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad)
satu jalan kemenangan yang jelas nyata, (1) Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu
yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu,
serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan
melaksanakan hukum-hukumnya). (2) Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai
kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada
bandingannya). (3) (Tuhan yang membuka
jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam
hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh)
supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka
yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong
mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (4)
(Allah melakukan yang demikian) supaya Dia
memasukkan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya,
serta menghapuskan dosa-dosa mereka dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah
merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka); (5) Dan supaya Dia menyeksa orang-orang munafik lelaki dan
perempuan dan orang-orang musyrik lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap
Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Dia akan mengecewakan RasulNya). Atas
merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman dan (selain
itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka
Neraka Jahanam; sedang Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(6) Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi
(untuk menyeksa orang-orang yang derhaka) dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. (7) Sesungguhnya Kami telah
mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima
keterangannya) dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang
beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (8)
(Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya
engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya dan supaya kamu kuatkan
agamaNya serta memuliakanNya dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi
dan petang. (9) Sesungguhnya orang-orang yang
memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad, untuk berjuang menentang
musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah
mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh
itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak
menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa
yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala
yang besar. (10) Orang-orang "A`raab"
(kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke
Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh
urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu,
pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa
yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab
ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada
terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Dia tetapkan kamu
ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun dan apa yang kamu
katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam
pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Dia akan
membalasnya). (11) (Itu bukanlah
sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang
yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali
lagi kepada anak isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya dan sangkaan
yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta
menerimanya) dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk
(terhadap agama Allah yang dibawa oleh RasulNya) dan (dengan itu) menjadilah
kamu kaum yang rosak binasa. (12) Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan
RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api Neraka
yang menjulang-julang. (13) Dan (ingatlah juga bahawa) kuasa pemerintahan langit dan bumi adalah
hak kepunyaan Allah, Dia berkuasa mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan
Dia juga berkuasa menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14) Orang-orang (munafik) yang tidak turut berjuang (bersama-sama kamu)
akan berkata semasa kamu pergi (mengepong musuh serta) mendapat harta rampasan
perang: Biarkanlah kami turut serta dengan kamu! Mereka (dengan itu) hendak
mengubah janji Allah (yang menentukan hanya orang-orang yang turut hadir di
Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu). Katakanlah
(wahai Muhammad): Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami;
demikianlah Allah menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu lagi. Mereka akan
berkata pula: (Bukan Tuhan yang melarang) bahkan kamu dengki kepada kami, (apa
yang mereka katakan itu tidaklah benar), bahkan mereka tidak faham kecuali
sedikit sahaja; (mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia
semata-mata). (15) Katakanlah (wahai
Muhammad) kepada orang-orang yang tidak turut berjuang (bersama-samamu) dari
kalangan kaum-kaum Arab Badwi: Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh)
yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya atau mereka menurut perintah
Islam (secara damai). Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah
akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat) dan kalau
kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa
kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (16) Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan tidaklah
menjadi salah kepada orang tempang dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit
(tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya) dan (ingatlah),
sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkannya ke dalam Syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan sesiapa yang berpaling ingkar,
akan diseksanya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (17)
Demi sesungguhnya! Allah reda akan
orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu
(wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka
(dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan
taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang
tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa
datangnya; (18) Dan juga dengan banyak harta
rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah
adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (19) (Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya
di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmanNya kepada mereka): Allah menjanjikan
kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Dia
menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini, serta Dia telah menahan
tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan
yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang
membuktikan kebenaran janjiNya) bagi orang-orang yang beriman dan juga supaya
Dia menambahkan kamu hidayat ke jalan yang lurus. (20) Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat
menguasainya, (tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan kekuasaanNya
(untuk kamu mendapatnya); dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu. (21) Dan sekiranya orang-orang
kafir (dari penduduk Mekah) itu memerangi kamu (di Hudaibiyah), tentulah mereka
akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan; kemudian mereka tidak akan
beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung atau memberikan pertolongan. (22)
(Kekalahan orang-orang yang menentang
Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah
berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan
bagi cara dan peraturan Allah itu. (23) Dan Dialah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada
melakukan perkara yang buruk terhadap kamu dan tangan kamu daripada berbuat
demikian kepada mereka di kawasan Mekah, sesudah Dia menjadikan kamu dapat
menewaskan mereka. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang
kamu kerjakan. (24) Mereka itulah
orang-orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke Masjidilharam
(Mekah Al-Mukarramah) serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu
bawa): Tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya dan kalaulah tidak kerana
kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa
orang yang beriman, lelaki dan perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir
itu, pada hal kamu tidak mengetahui mereka beriman, yang akibatnya kamu akan
menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, (tentulah
diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang mengancam kamu itu). (Tetapi tidak
diizinkan) kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam
rahmatNya. Kalaulah mereka (penduduk Mekah yang beriman dan yang musyrik) itu
berpisahan (di antara satu puak dengan yang lain), tentulah Kami menyeksa
orang-orang yang kafir dari mereka dengan seksa (di dunia) yang tidak terperi
sakitnya. (25) (Ingatlah dan kenangkanlah
ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan
sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan
sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu),
lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada
orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka
tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah
orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya
dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (26)
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan
benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu
sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa
yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan
mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta
kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik
dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui
(adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia
menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa
berlakunya). (27) (Allah yang
menyatakan itu) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan
membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia
memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan
cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya
itu). (28) Nabi Muhammad (s.a.w) ialah
Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas
terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih
sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka
tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari
Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka
(sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan
ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam
Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka
diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu
anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap
berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang
yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan
pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia
hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad
dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan
dan pahala yang besar. / (29)