سُوۡرَةُ الفَجر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡفَجۡرِ (١) وَلَيَالٍ عَشۡرٍ۬ (٢) وَٱلشَّفۡعِ وَٱلۡوَتۡرِ (٣) وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَسۡرِ (٤) هَلۡ فِى ذَٲلِكَ قَسَمٌ۬ لِّذِى حِجۡرٍ (٥) أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (٦)
إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ (٧)
ٱلَّتِى لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِى
ٱلۡبِلَـٰدِ (٨) وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ
ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ (٩) وَفِرۡعَوۡنَ ذِى ٱلۡأَوۡتَادِ (١٠) ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ (١١)
فَأَكۡثَرُواْ فِيہَا ٱلۡفَسَادَ (١٢)
فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ
(١٣) إِنَّ رَبَّكَ
لَبِٱلۡمِرۡصَادِ (١٤) فَأَمَّا
ٱلۡإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ رَبُّهُ ۥ فَأَكۡرَمَهُ ۥ وَنَعَّمَهُ ۥ
فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكۡرَمَنِ (١٥) وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ فَقَدَرَ عَلَيۡهِ رِزۡقَهُ ۥ
فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَـٰنَنِ (١٦) كَلَّاۖ بَل لَّا تُكۡرِمُونَ ٱلۡيَتِيمَ (١٧) وَلَا تَحَـٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (١٨)
وَتَأۡڪُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَڪۡلاً۬ لَّمًّ۬ا
(١٩) وَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَ حُبًّ۬ا
جَمًّ۬ا (٢٠) كَلَّآ إِذَا دُكَّتِ
ٱلۡأَرۡضُ دَكًّ۬ا دَكًّ۬ا (٢١) وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفًّ۬ا صَفًّ۬ا (٢٢)
وَجِاْىٓءَ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِجَهَنَّمَۚ
يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَتَذَڪَّرُ ٱلۡإِنسَـٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ (٢٣)
يَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِى
(٢٤) فَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ لَّا يُعَذِّبُ
عَذَابَهُ ۥۤ أَحَدٌ۬ (٢٥) وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ ۥۤ أَحَدٌ۬ (٢٦) يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧)
ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬
مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى
عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى
(٣٠)
Surah Al-Fajr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Demi waktu fajar; (1) Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2)
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
(3) Dan malam, apabila ia berlalu; (4)
Bukankah yang demikian itu mengandungi
sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (5)
(Kami tetap akan membinasakan orang-orang
yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu
telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (6) Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan
yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) (7) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar
dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? (8) Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar
di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9) Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan
yang handal kukuh? (10) (Semuanya itu ialah)
orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (11)
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya
kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12) Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka
berbagai paluan azab; (13) Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan
akhirat) (14) (Dalam pada itu manusia tidak
menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia
apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia
tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan
sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! (15) Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan
disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta
merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! (16) Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah).
Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi
kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia
berhak menerimanya); (17) Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak
diterima oleh) orang miskin; (18) Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak
membezakan halal haramnya), (19) Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! (20)
Jangan sekali-kali bersikap demikian!
(Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan
serata-ratanya, (21) Dan (perintah)
Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan
perintah), (22) Serta diperlihatkan Neraka
Jahanam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku
baik) dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? (23)
Dia akan berkata: Alangkah baiknya kalau
aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)! (24)
Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang
dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. (25)
Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat
serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. (26) (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak
menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan
beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa
yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27)
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan
engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi
Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam
kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! / (30)