سُوۡرَةُ الغَاشِیَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
هَلۡ أَتَٮٰكَ حَدِيثُ ٱلۡغَـٰشِيَةِ (١) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ خَـٰشِعَةٌ (٢) عَامِلَةٌ۬ نَّاصِبَةٌ۬ (٣) تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِيَةً۬ (٤) تُسۡقَىٰ مِنۡ عَيۡنٍ ءَانِيَةٍ۬ (٥) لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ۬ (٦)
لَّا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِى مِن جُوعٍ۬
(٧) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬
نَّاعِمَةٌ۬ (٨) لِّسَعۡيِہَا رَاضِيَةٌ۬ (٩)
فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ۬ (١٠)
لَّا تَسۡمَعُ فِيہَا لَـٰغِيَةً۬ (١١)
فِيہَا عَيۡنٌ۬ جَارِيَةٌ۬ (١٢)
فِيہَا سُرُرٌ۬ مَّرۡفُوعَةٌ۬ (١٣)
وَأَكۡوَابٌ۬ مَّوۡضُوعَةٌ۬ (١٤)
وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٌ۬ (١٥)
وَزَرَابِىُّ مَبۡثُوثَةٌ (١٦)
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ ڪَيۡفَ
خُلِقَتۡ (١٧) وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ ڪَيۡفَ
رُفِعَتۡ (١٨) وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ
نُصِبَتۡ (١٩) وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ
سُطِحَتۡ (٢٠) فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ
مُذَڪِّرٌ۬ (٢١) لَّسۡتَ عَلَيۡهِم
بِمُصَيۡطِرٍ (٢٢) إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ
وَكَفَرَ (٢٣) فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ
ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ (٢٤) إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَہُمۡ (٢٥) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَہُم (٢٦)
Surah Al-Ghashiya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang
huru-haranya meliputi? (1) Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina.
(2) Mereka menjalankan kerja yang berat lagi
berpenat lelah. (3) Mereka tetap menderita
bakaran Neraka yang amat panas (membakar). (4) Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak
panasnya. (5) Tiada makanan bagi mereka (di
situ) selain dari pokok-pokok yang berduri. (6) Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat
menghilangkan sedikit kelaparan pun. (7) (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu
berseri-seri. (8) Berpuas hati dengan balasan
amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia). (9)
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga
yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya). (10) Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang
sia-sia. (11) Di dalam Syurga itu ada mata
air yang mengalir. (12) Di situ juga ada
pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya). (13) Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka).
(14) Dan bantal-bantal yang
teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar). (15) Serta hamparan-hamparan yang terbentang. (16)
(Mengapa mereka yang kafir masih
mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia
diciptakan? (17) Dan keadaan langit
bagaimana ia ditinggikan binaannya.? (18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19)
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
(20) Oleh itu berikanlah sahaja
peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada
yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi
ingatan. (21) Bukanlah engkau seorang yang
berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). (22)
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari
kebenaran) serta dia kufur ingkar. (23) Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
(24) Sesungguhnya kepada Kamilah
kembalinya mereka. (25) Selain dari itu,
sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. / (26)