سُوۡرَةُ البَلَد
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَآ أُقۡسِمُ بِہَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ (١) وَأَنتَ حِلُّۢ بِہَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ (٢)
وَوَالِدٍ۬ وَمَا وَلَدَ (٣)
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ
(٤) أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ
عَلَيۡهِ أَحَدٌ۬ (٥) يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ
مَالاً۬ لُّبَدًا (٦) أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ
يَرَهُ ۥۤ أَحَدٌ (٧) أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُ ۥ
عَيۡنَيۡنِ (٨) وَلِسَانً۬ا وَشَفَتَيۡنِ (٩)
وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ (١٠)
فَلَا ٱقۡتَحَمَ ٱلۡعَقَبَةَ (١١)
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ (١٢)
فَكُّ رَقَبَةٍ (١٣) أَوۡ إِطۡعَـٰمٌ۬ فِى يَوۡمٍ۬ ذِى مَسۡغَبَةٍ۬ (١٤)
يَتِيمً۬ا ذَا مَقۡرَبَةٍ (١٥)
أَوۡ مِسۡكِينً۬ا ذَا مَتۡرَبَةٍ۬ (١٦)
ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ (١٧)
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ
(١٨) وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ
بِـَٔايَـٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (١٩) عَلَيۡہِمۡ نَارٌ۬ مُّؤۡصَدَةُۢ (٢٠)
Surah Al-Balad
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; (1) Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini
(sentiasa ditindas), (2) Demi manusia yang
melahirkan zuriat dan zuriat yang dilahirkannya; (3) Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam
keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); (4)
Patutkah manusia yang demikian keadaannya
(terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada
sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)? (5)
Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah
patut dia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: Aku telah habiskan
harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa). (6)
Adakah dia menyangka bahawa tidak ada
sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya
itu)? (7) (Mengapa manusia terpedaya dan
bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: Dua mata (untuk dia
memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) (8) Dan lidah serta dua bibir (untuk dia menyempurnakan
sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? (9) Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk
dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (10) Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan)
merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; (11)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui:
Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? (12)
(Di antara amal-amal itu bagi orang yang
mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; (13) Atau memberi makan pada hari kelaparan. (14) Kepada anak yatim dari kaum kerabat, (15)
Atau kepada orang miskin yang terlantar di
atas tanah. (16) Selain dari (tidak
mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang
beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih
sayang. (17) (Ketahuilah! Bahawa
orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi
darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh
Syurga). (18) Dan (sebaliknya) orang-orang
yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri.
(19) Mereka ditimpakan (azab
seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya). / (20)