سُوۡرَةُ المُزمّل
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ (١) قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٢) نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً (٣)
أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ
تَرۡتِيلاً (٤) إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ
قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً (٥) إِنَّ نَاشِئَةَ
ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً (٦) إِنَّ لَكَ فِى ٱلنَّہَارِ سَبۡحً۬ا طَوِيلاً۬ (٧)
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ
إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬ (٨) رَّبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ
فَٱتَّخِذۡهُ وَكِيلاً۬ (٩) وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرً۬ا جَمِيلاً۬
(١٠) وَذَرۡنِى وَٱلۡمُكَذِّبِينَ
أُوْلِى ٱلنَّعۡمَةِ وَمَهِّلۡهُمۡ قَلِيلاً (١١) إِنَّ لَدَيۡنَآ أَنكَالاً۬ وَجَحِيمً۬ا (١٢)
وَطَعَامً۬ا ذَا غُصَّةٍ۬ وَعَذَابًا
أَلِيمً۬ا (١٣) يَوۡمَ تَرۡجُفُ
ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ وَكَانَتِ ٱلۡجِبَالُ كَثِيبً۬ا مَّهِيلاً (١٤)
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡكُمۡ رَسُولاً۬
شَـٰهِدًا عَلَيۡكُمۡ كَمَآ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولاً۬ (١٥)
فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ
فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذً۬ا وَبِيلاً۬ (١٦) فَكَيۡفَ تَتَّقُونَ إِن كَفَرۡتُمۡ يَوۡمً۬ا يَجۡعَلُ ٱلۡوِلۡدَٲنَ
شِيبًا (١٧) ٱلسَّمَآءُ مُنفَطِرُۢ
بِهِۦۚ كَانَ وَعۡدُهُ ۥ مَفۡعُولاً (١٨) إِنَّ هَـٰذِهِۦ تَذۡڪِرَةٌ۬ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ
سَبِيلاً (١٩) ۞ إِنَّ رَبَّكَ يَعۡلَمُ
أَنَّكَ تَقُومُ أَدۡنَىٰ مِن ثُلُثَىِ ٱلَّيۡلِ وَنِصۡفَهُ ۥ وَثُلُثَهُ ۥ
وَطَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيۡلَ
وَٱلنَّہَارَۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحۡصُوهُ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡۖ فَٱقۡرَءُواْ مَا
تَيَسَّرَ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرۡضَىٰۙ
وَءَاخَرُونَ يَضۡرِبُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ يَبۡتَغُونَ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِۙ
وَءَاخَرُونَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۖ فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ
مِنۡهُۚ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقۡرِضُواْ ٱللَّهَ
قَرۡضًا حَسَنً۬اۚ وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ تَجِدُوهُ عِندَ
ٱللَّهِ هُوَ خَيۡرً۬ا وَأَعۡظَمَ أَجۡرً۬اۚ وَٱسۡتَغۡفِرُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ
ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمُۢ (٢٠)
Surah Al-Muzzammil
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani
Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit
masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit
dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan
(sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4)
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu
membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu,
kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang
mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak
bersedia menyempurnakannya). (5) Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada
jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6) (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana
sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira
bicaranya; (7) Dan sebutlah (dengan lidah dan
hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal
ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8) Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan
melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. (9)
Dan bersabarlah terhadap apa yang
dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka
dengan cara yang baik. (10) Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan
(bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh
kepada mereka sedikit masa; (11) Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka)
belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang, (12) Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan
azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (13) (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang
(serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah
bersepah. (14) Sesungguhnya Kami telah
mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi
terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana
Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. (15) Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami
menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya. (16) (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka
bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar
(dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
(17) Langit (yang demikian
besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji
Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya. (18) Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi
amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya
dapatlah dia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan
taat). (19) Sesungguhnya Tuhanmu (wahai
Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama
kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu
pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang
bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah
jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui
bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu,
lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan)
kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari
Al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu
orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi
untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang
yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang
mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta
berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik
(ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan
untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai
balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun
kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. / (20)