سُوۡرَةُ المدَّثِّر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ (٢) وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤) وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ (٥) وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ (٦) وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ (٧) فَإِذَا نُقِرَ فِى ٱلنَّاقُورِ (٨) فَذَٲلِكَ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَوۡمٌ عَسِيرٌ (٩)
عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرٍ۬
(١٠) ذَرۡنِى وَمَنۡ خَلَقۡتُ
وَحِيدً۬ا (١١) وَجَعَلۡتُ لَهُ ۥ
مَالاً۬ مَّمۡدُودً۬ا (١٢) وَبَنِينَ شُہُودً۬ا (١٣) وَمَهَّدتُّ لَهُ ۥ تَمۡهِيدً۬ا (١٤) ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ (١٥) كَلَّآۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ لِأَيَـٰتِنَا عَنِيدً۬ا (١٦)
سَأُرۡهِقُهُ ۥ صَعُودًا (١٧)
إِنَّهُ ۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ (١٨)
فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ (١٩)
ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ (٢٠)
ثُمَّ نَظَرَ (٢١) ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ (٢٢) ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ (٢٣) فَقَالَ إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا سِحۡرٌ۬ يُؤۡثَرُ (٢٤)
إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ
(٢٥) سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ (٢٦)
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا سَقَرُ (٢٧)
لَا تُبۡقِى وَلَا تَذَرُ (٢٨)
لَوَّاحَةٌ۬ لِّلۡبَشَرِ (٢٩)
عَلَيۡہَا تِسۡعَةَ عَشَرَ (٣٠)
وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَـٰبَ ٱلنَّارِ
إِلَّا مَلَـٰٓٮِٕكَةً۬ۙ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَہُمۡ إِلَّا فِتۡنَةً۬
لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ وَيَزۡدَادَ
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَـٰنً۬اۙ وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ
ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِہِم مَّرَضٌ۬
وَٱلۡكَـٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِہَـٰذَا مَثَلاً۬ۚ كَذَٲلِكَ يُضِلُّ
ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِى مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ
إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ (٣١) كَلَّا وَٱلۡقَمَرِ (٣٢) وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ (٣٣) وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ (٣٤) إِنَّہَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ (٣٥) نَذِيرً۬ا لِّلۡبَشَرِ (٣٦) لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ
(٣٧) كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ
رَهِينَةٌ (٣٨) إِلَّآ أَصۡحَـٰبَ
ٱلۡيَمِينِ (٣٩) فِى جَنَّـٰتٍ۬
يَتَسَآءَلُونَ (٤٠) عَنِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ
(٤١) مَا سَلَڪَكُمۡ فِى سَقَرَ
(٤٢) قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ
ٱلۡمُصَلِّينَ (٤٣) وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ
ٱلۡمِسۡكِينَ (٤٤) وَڪُنَّا نَخُوضُ
مَعَ ٱلۡخَآٮِٕضِينَ (٤٥) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤٦) حَتَّىٰٓ أَتَٮٰنَا ٱلۡيَقِينُ (٤٧) فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَـٰعَةُ ٱلشَّـٰفِعِينَ (٤٨)
فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ
مُعۡرِضِينَ (٤٩) كَأَنَّهُمۡ حُمُرٌ۬
مُّسۡتَنفِرَةٌ۬ (٥٠) فَرَّتۡ مِن
قَسۡوَرَةِۭ (٥١) بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ
ٱمۡرِىٍٕ۬ مِّنۡہُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفً۬ا مُّنَشَّرَةً۬ (٥٢)
كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأَخِرَةَ
(٥٣) ڪَلَّآ إِنَّهُ ۥ تَذۡكِرَةٌ۬
(٥٤) فَمَن شَآءَ ذَڪَرَهُ ۥ
(٥٥) وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن
يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ (٥٦)
Surah Al-Muddaththir
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani
Wahai orang yang berselimut! (1) Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
(2) Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah
kebesaranNya! (3) Dan pakaianmu, maka hendaklah
engkau bersihkan. (4) Dan segala kejahatan,
maka hendaklah engkau jauhi. (5) Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat
lebih banyak daripadanya. (6) Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau
bersabar (terhadap tentangan musuh)! (7) Kerana apabila telah ditiup sangkakala, (8) Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari
yang sukar. (9) Kepada orang-orang kafir,
lagi tidak mudah (mengelak azabnya). (10) (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas
orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri
(tidak berharta dan anak pinak), (11) Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, (12)
Serta anak pinak (yang ramai), yang
sentiasa ada di sisinya. (13) Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan
semudah-mudahnya. (14) Kemudian dia ingin
sangat, supaya Aku tambahi lagi; (15) Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang
dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul
Kami). (16) Aku akan menyeksanya (dengan
azab) yang memuncak beratnya. (17) Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka (berbagai
tuduhan terhadap Al-Quran). (18) Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka
(yang demikian)? (19) Sekali lagi:
Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
(20) Kemudian dia merenung dan
memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal); (21)
Setelah itu dia memasamkan mukanya serta
dia bertambah masam berkerut; (22) Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
(23) Serta dia berkata: (Al-Quran)
ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari
ahli-ahlinya); (24) Ini tidak lain
hanyalah kata-kata (rekaan) manusia! (25) (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam Neraka
Saqar. (26) Dan apa jalannya engkau dapat
mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu? (27) Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan
tidak membiarkannya (binasa terus) (28) Ia terus-menerus membakar kulit manusia! (29) Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas
(malaikat). (30) Dan (ketahuilah
bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan
(dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar
makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan
bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan
kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi
dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya
orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang
diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran
keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit
(ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di
maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah
menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan
memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan
Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka
itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. / (31)
Sebenarnya! Demi bulan, (32)
Dan malam apabila ia balik melenyapkan
diri, (33) Dan waktu Subuh apabila ia
terang-benderang, (34) Sesungguhnya Neraka
Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, (35)
Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
(36) (Iaitu) bagi sesiapa di
antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur
(daripada mengerjakannya). (37) Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi
amal jahat) yang dikerjakannya, (38) Kecuali puak Kanan, (39) (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka
bertanya-tanya, (40) Tentang (tempat
tinggal) orang-orang yang bersalah, (41) (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata):
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar? (42)
Orang-orang yang bersalah itu menjawab:
Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; (43)
Dan kami tidak pernah memberi makan
orang-orang miskin; (44) Dan kami dahulu
selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama
orang-orang yang memperkatakannya; (45) Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, (46)
Sehinggalah kami didatangi oleh perkara
yang tetap diyakini. (47) Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan
(kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu. (48)
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang
bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ? (49)
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar
yang lari, (50) Melarikan diri (ketakutan)
dari singa! (51) (Mereka tidak merasa
cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya
diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk
dibaca oleh mereka sendiri). (52) Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan
mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat. (53)
Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu
adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya); (54)
Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat)
dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (55) Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat
melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya
dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman
dan taat). / (56)