سُوۡرَةُ ٱلدَّهۡر / الإنسَان
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
هَلۡ أَتَىٰ عَلَى ٱلۡإِنسَـٰنِ حِينٌ۬ مِّنَ ٱلدَّهۡرِ لَمۡ يَكُن
شَيۡـًٔ۬ا مَّذۡكُورًا (١) إِنَّا خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجٍ۬ نَّبۡتَلِيهِ
فَجَعَلۡنَـٰهُ سَمِيعَۢا بَصِيرًا (٢) إِنَّا هَدَيۡنَـٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرً۬ا وَإِمَّا كَفُورًا
(٣) إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا
لِلۡكَـٰفِرِينَ سَلَـٰسِلَاْ وَأَغۡلَـٰلاً۬ وَسَعِيرًا (٤) إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ يَشۡرَبُونَ مِن كَأۡسٍ۬ كَانَ
مِزَاجُهَا ڪَافُورًا (٥) عَيۡنً۬ا يَشۡرَبُ بِہَا عِبَادُ ٱللَّهِ يُفَجِّرُونَہَا تَفۡجِيرً۬ا
(٦) يُوفُونَ بِٱلنَّذۡرِ
وَيَخَافُونَ يَوۡمً۬ا كَانَ شَرُّهُ ۥ مُسۡتَطِيرً۬ا (٧) وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينً۬ا
وَيَتِيمً۬ا وَأَسِيرًا (٨) إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءً۬
وَلَا شُكُورًا (٩) إِنَّا نَخَافُ مِن
رَّبِّنَا يَوۡمًا عَبُوسً۬ا قَمۡطَرِيرً۬ا (١٠) فَوَقَٮٰهُمُ ٱللَّهُ شَرَّ ذَٲلِكَ ٱلۡيَوۡمِ
وَلَقَّٮٰهُمۡ نَضۡرَةً۬ وَسُرُورً۬ا (١١) وَجَزَٮٰهُم بِمَا صَبَرُواْ جَنَّةً۬ وَحَرِيرً۬ا (١٢)
مُّتَّكِـِٔينَ فِيہَا عَلَى
ٱلۡأَرَآٮِٕكِۖ لَا يَرَوۡنَ فِيہَا شَمۡسً۬ا وَلَا زَمۡهَرِيرً۬ا (١٣)
وَدَانِيَةً عَلَيۡہِمۡ ظِلَـٰلُهَا
وَذُلِّلَتۡ قُطُوفُهَا تَذۡلِيلاً۬ (١٤) وَيُطَافُ عَلَيۡہِم بِـَٔانِيَةٍ۬ مِّن فِضَّةٍ۬ وَأَكۡوَابٍ۬ كَانَتۡ
قَوَارِيرَا۟ (١٥) قَوَارِيرَاْ مِن
فِضَّةٍ۬ قَدَّرُوهَا تَقۡدِيرً۬ا (١٦) وَيُسۡقَوۡنَ فِيہَا كَأۡسً۬ا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلاً (١٧)
عَيۡنً۬ا فِيہَا تُسَمَّىٰ سَلۡسَبِيلاً۬
(١٨) ۞ وَيَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ
وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيۡتَہُمۡ حَسِبۡتَہُمۡ لُؤۡلُؤً۬ا مَّنثُورً۬ا
(١٩) وَإِذَا رَأَيۡتَ ثَمَّ
رَأَيۡتَ نَعِيمً۬ا وَمُلۡكً۬ا كَبِيرًا (٢٠) عَـٰلِيَہُمۡ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضۡرٌ۬ وَإِسۡتَبۡرَقٌ۬ۖ
وَحُلُّوٓاْ أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ۬ وَسَقَٮٰهُمۡ رَبُّہُمۡ شَرَابً۬ا طَهُورًا
(٢١) إِنَّ هَـٰذَا كَانَ لَكُمۡ
جَزَآءً۬ وَكَانَ سَعۡيُكُم مَّشۡكُورًا (٢٢) إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ
تَنزِيلاً۬ (٢٣) فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ
رَبِّكَ وَلَا تُطِعۡ مِنۡہُمۡ ءَاثِمًا أَوۡ كَفُورً۬ا (٢٤) وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً۬ (٢٥)
وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَٱسۡجُدۡ لَهُ ۥ
وَسَبِّحۡهُ لَيۡلاً۬ طَوِيلاً (٢٦) إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمۡ
يَوۡمً۬ا ثَقِيلاً۬ (٢٧) نَّحۡنُ خَلَقۡنَـٰهُمۡ وَشَدَدۡنَآ أَسۡرَهُمۡۖ وَإِذَا شِئۡنَا
بَدَّلۡنَآ أَمۡثَـٰلَهُمۡ تَبۡدِيلاً (٢٨) إِنَّ هَـٰذِهِۦ تَذۡكِرَةٌ۬ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ
سَبِيلاً۬ (٢٩) وَمَا تَشَآءُونَ
إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٣٠)
يُدۡخِلُ مَن يَشَآءُ فِى رَحۡمَتِهِۦۚ
وَٱلظَّـٰلِمِينَ أَعَدَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمَۢا (٣١)
Surah Al-Insan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang
beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda
yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
(1) Sesungguhnya Kami telah aturkan cara
mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki
dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh
itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (2)
(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka)
sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan
jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia
bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan
mengingkari kebenaran atau menderhaka). (3) (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa
yang berlaku kufur (atau menderhaka): Beberapa rantai dan belenggu serta Neraka
yang menjulang-julang. (4) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan),
akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur". (5)
Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang
diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh
mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang
semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. (6) (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan
nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan
hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. (7) Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang
dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
(8) (Sambil berkata dengan lidah atau dengan
hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata;
kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
(9) Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut
Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam
berkerut-kerut. (10) Dengan sebab (mereka
menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan
hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang
berseri-seri (di muka) dan perasaan ria gembira (di hati). (11)
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan
suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan
Syurga dan (persalinan dari) sutera. (12) Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas
pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari
(usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
(13) Sedang naungan pohon-pohon
Syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka
memetiknya) dengan semudah-mudahnya. (14) Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya):
Bejana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak
jelas isinya). (15) (Keadaannya laksana)
kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya
sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. (16) Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis
minuman yang campurannya dari "Zanjabil", (17) Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan
sifatnya sebagai "Salsabil". (18) Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal
(dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau
melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
(19) Dan apabila engkau melihat di
sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan
yang besar (yang tidak ada bandingannya). (20) Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang
diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka
dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh
Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. (21)
(Serta dikatakan kepada mereka):
Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah
usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah). (22)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan
Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. (23)
Oleh itu hendaklah engkau bersabar
menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu) dan
janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka atau orang
yang kufur ingkar. (24) Dan sebutlah dengan
lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada
waktu pagi dan petang; (25) Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam
sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya)
bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajud), pada sebahagian
yang panjang dari waktu malam. (26) Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai
(kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka
membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat
(penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertakwa). (27)
Kamilah yang menciptakan mereka serta
menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan
mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang
yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. (28)
Sesungguhnya (segala keterangan yang
disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan
dirinya) bolehlah dia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah
(dengan iman dan taat). (29) Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan
dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). (30)
Dia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di
dalam Syurga) dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan untuk mereka azab
seksa yang tidak terperi sakitnya. / (31)