سُوۡرَةُ البُرُوج
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلۡبُرُوجِ (١) وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡمَوۡعُودِ (٢) وَشَاهِدٍ۬ وَمَشۡہُودٍ۬ (٣) قُتِلَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡأُخۡدُودِ (٤) ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلۡوَقُودِ (٥) إِذۡ هُمۡ عَلَيۡہَا قُعُودٌ۬ (٦) وَهُمۡ عَلَىٰ مَا يَفۡعَلُونَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ شُہُودٌ۬
(٧) وَمَا نَقَمُواْ مِنۡہُمۡ
إِلَّآ أَن يُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ (٨)
ٱلَّذِى لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ
وَٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ (٩) إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواْ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواْ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ
عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ (١٠) إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمۡ
جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡكَبِيرُ
(١١) إِنَّ بَطۡشَ رَبِّكَ
لَشَدِيدٌ (١٢) إِنَّهُ ۥ هُوَ
يُبۡدِئُ وَيُعِيدُ (١٣) وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلۡوَدُودُ (١٤) ذُو ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡمَجِيدُ (١٥) فَعَّالٌ۬ لِّمَا يُرِيدُ (١٦) هَلۡ أَتَٮٰكَ حَدِيثُ ٱلۡجُنُودِ (١٧)
فِرۡعَوۡنَ وَثَمُودَ (١٨)
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى تَكۡذِيبٍ۬
(١٩) وَٱللَّهُ مِن وَرَآٮِٕہِم
مُّحِيطُۢ (٢٠) بَلۡ هُوَ قُرۡءَانٌ۬
مَّجِيدٌ۬ (٢١) فِى لَوۡحٍ۬
مَّحۡفُوظِۭ (٢٢)
Surah Al-Burooj
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
(1) Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; (2)
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan
hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; (3) Celakalah kaum yang menggali parit, (4)
(Parit) api yang penuh dengan bahan
bakaran, (5) (Mereka dilaknat) ketika
mereka duduk di kelilingnya, (6) Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang
beriman. (7) Dan mereka tidak marah dan
menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu
beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! (8) Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan
(ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. (9)
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan
bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang
perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan
beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh
lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). (10)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (11) Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang
kufur ingkar) amatlah berat. (12) Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya
dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati). (13) Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih. (14)
Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi
kemuliaannya, (15) Yang berkuasa
melakukan segala yang dikehendakinya. (16) Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang
telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada
mereka)? (17) (Mereka itu ialah kaum)
Firaun dan Thamud (kaum Nabi Soleh). (18) (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan
orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
(19) Sedang Allah, dari belakang
mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)! (20) (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka
bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
(21) (Lagi yang terpelihara dengan
sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz. / (22)