سُوۡرَةُ الاٴحقاف
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
حمٓ (١) تَنزِيلُ ٱلۡكِتَـٰبِ
مِنَ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَكِيمِ (٢) مَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَآ إِلَّا
بِٱلۡحَقِّ وَأَجَلٍ۬ مُّسَمًّ۬ىۚ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ عَمَّآ أُنذِرُواْ
مُعۡرِضُونَ (٣) قُلۡ أَرَءَيۡتُم مَّا
تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَرُونِى مَاذَا خَلَقُواْ مِنَ ٱلۡأَرۡضِ أَمۡ لَهُمۡ
شِرۡكٌ۬ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِۖ ٱئۡتُونِى بِكِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ هَـٰذَآ أَوۡ
أَثَـٰرَةٍ۬ مِّنۡ عِلۡمٍ إِن ڪُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٤) وَمَنۡ أَضَلُّ مِمَّن يَدۡعُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَن
لَّا يَسۡتَجِيبُ لَهُ ۥۤ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَهُمۡ عَن دُعَآٮِٕهِمۡ
غَـٰفِلُونَ (٥) وَإِذَا حُشِرَ ٱلنَّاسُ
كَانُواْ لَهُمۡ أَعۡدَآءً۬ وَكَانُواْ بِعِبَادَتِہِمۡ كَـٰفِرِينَ (٦)
وَإِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُنَا
بَيِّنَـٰتٍ۬ قَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لِلۡحَقِّ لَمَّا جَآءَهُمۡ هَـٰذَا
سِحۡرٌ۬ مُّبِينٌ (٧) أَمۡ يَقُولُونَ
ٱفۡتَرَٮٰهُۖ قُلۡ إِنِ ٱفۡتَرَيۡتُهُ ۥ فَلَا تَمۡلِكُونَ لِى مِنَ ٱللَّهِ
شَيۡـًٔاۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَا تُفِيضُونَ فِيهِۖ كَفَىٰ بِهِۦ شَہِيدَۢا بَيۡنِى
وَبَيۡنَكُمۡۖ وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (٨) قُلۡ مَا كُنتُ بِدۡعً۬ا مِّنَ ٱلرُّسُلِ وَمَآ أَدۡرِى
مَا يُفۡعَلُ بِى وَلَا بِكُمۡۖ إِنۡ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ
وَمَآ أَنَا۟ إِلَّا نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٩) قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن كَانَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَكَفَرۡتُم بِهِۦ
وَشَہِدَ شَاهِدٌ۬ مِّنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ مِثۡلِهِۦ فَـَٔامَنَ
وَٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (١٠)
وَقَالَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ لِلَّذِينَ
ءَامَنُواْ لَوۡ كَانَ خَيۡرً۬ا مَّا سَبَقُونَآ إِلَيۡهِۚ وَإِذۡ لَمۡ
يَهۡتَدُواْ بِهِۦ فَسَيَقُولُونَ هَـٰذَآ إِفۡكٌ۬ قَدِيمٌ۬ (١١)
وَمِن قَبۡلِهِۦ كِتَـٰبُ مُوسَىٰٓ
إِمَامً۬ا وَرَحۡمَةً۬ۚ وَهَـٰذَا كِتَـٰبٌ۬ مُّصَدِّقٌ۬ لِّسَانًا عَرَبِيًّ۬ا
لِّيُنذِرَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُحۡسِنِينَ (١٢)
إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ
ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (١٣)
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ
خَـٰلِدِينَ فِيہَا جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١٤)
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ
إِحۡسَـٰنًاۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ كُرۡهً۬ا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهً۬اۖ وَحَمۡلُهُ ۥ
وَفِصَـٰلُهُ ۥ ثَلَـٰثُونَ شَہۡرًاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ ۥ وَبَلَغَ
أَرۡبَعِينَ سَنَةً۬ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ
أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ
وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ
ٱلۡمُسۡلِمِينَ (١٥) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ
ٱلَّذِينَ نَتَقَبَّلُ عَنۡہُمۡ أَحۡسَنَ مَا عَمِلُواْ وَنَتَجَاوَزُ عَن
سَيِّـَٔاتِہِمۡ فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡجَنَّةِۖ وَعۡدَ ٱلصِّدۡقِ ٱلَّذِى كَانُواْ
يُوعَدُونَ (١٦) وَٱلَّذِى قَالَ
لِوَٲلِدَيۡهِ أُفٍّ۬ لَّكُمَآ أَتَعِدَانِنِىٓ أَنۡ أُخۡرَجَ وَقَدۡ خَلَتِ
ٱلۡقُرُونُ مِن قَبۡلِى وَهُمَا يَسۡتَغِيثَانِ ٱللَّهَ وَيۡلَكَ ءَامِنۡ إِنَّ
وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬ فَيَقُولُ مَا هَـٰذَآ إِلَّآ أَسَـٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ
(١٧) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ
حَقَّ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقَوۡلُ فِىٓ أُمَمٍ۬ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِم مِّنَ ٱلۡجِنِّ
وَٱلۡإِنسِۖ إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ خَـٰسِرِينَ (١٨) وَلِڪُلٍّ۬ دَرَجَـٰتٌ۬ مِّمَّا عَمِلُواْۖ
وَلِيُوَفِّيَہُمۡ أَعۡمَـٰلَهُمۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ (١٩)
وَيَوۡمَ يُعۡرَضُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ
عَلَى ٱلنَّارِ أَذۡهَبۡتُمۡ طَيِّبَـٰتِكُمۡ فِى حَيَاتِكُمُ ٱلدُّنۡيَا
وَٱسۡتَمۡتَعۡتُم بِہَا فَٱلۡيَوۡمَ تُجۡزَوۡنَ عَذَابَ ٱلۡهُونِ بِمَا كُنتُمۡ
تَسۡتَكۡبِرُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَبِمَا كُنتُمۡ تَفۡسُقُونَ
(٢٠) ۞ وَٱذۡكُرۡ أَخَا عَادٍ إِذۡ
أَنذَرَ قَوۡمَهُ ۥ بِٱلۡأَحۡقَافِ وَقَدۡ خَلَتِ ٱلنُّذُرُ مِنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ
وَمِنۡ خَلۡفِهِۦۤ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّا ٱللَّهَ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ
عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ۬ (٢١) قَالُوٓاْ أَجِئۡتَنَا لِتَأۡفِكَنَا عَنۡ ءَالِهَتِنَا فَأۡتِنَا بِمَا
تَعِدُنَآ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ (٢٢) قَالَ إِنَّمَا ٱلۡعِلۡمُ عِندَ ٱللَّهِ وَأُبَلِّغُكُم
مَّآ أُرۡسِلۡتُ بِهِۦ وَلَـٰكِنِّىٓ أَرَٮٰكُمۡ قَوۡمً۬ا تَجۡهَلُونَ (٢٣)
فَلَمَّا رَأَوۡهُ عَارِضً۬ا مُّسۡتَقۡبِلَ
أَوۡدِيَتِہِمۡ قَالُواْ هَـٰذَا عَارِضٌ۬ مُّمۡطِرُنَاۚ بَلۡ هُوَ مَا
ٱسۡتَعۡجَلۡتُم بِهِۦۖ رِيحٌ۬ فِيہَا عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (٢٤) تُدَمِّرُ كُلَّ شَىۡءِۭ بِأَمۡرِ رَبِّہَا فَأَصۡبَحُواْ
لَا يُرَىٰٓ إِلَّا مَسَـٰكِنُہُمۡۚ كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡمُجۡرِمِينَ
(٢٥) وَلَقَدۡ مَكَّنَّـٰهُمۡ
فِيمَآ إِن مَّكَّنَّـٰكُمۡ فِيهِ وَجَعَلۡنَا لَهُمۡ سَمۡعً۬ا وَأَبۡصَـٰرً۬ا
وَأَفۡـِٔدَةً۬ فَمَآ أَغۡنَىٰ عَنۡہُمۡ سَمۡعُهُمۡ وَلَآ أَبۡصَـٰرُهُمۡ وَلَآ
أَفۡـِٔدَتُہُم مِّن شَىۡءٍ إِذۡ كَانُواْ يَجۡحَدُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ
وَحَاقَ بِہِم مَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَہۡزِءُونَ (٢٦) وَلَقَدۡ أَهۡلَكۡنَا مَا حَوۡلَكُم مِّنَ ٱلۡقُرَىٰ
وَصَرَّفۡنَا ٱلۡأَيَـٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ (٢٧) فَلَوۡلَا نَصَرَهُمُ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِ
ٱللَّهِ قُرۡبَانًا ءَالِهَةَۢۖ بَلۡ ضَلُّواْ عَنۡهُمۡۚ وَذَٲلِكَ إِفۡكُهُمۡ
وَمَا كَانُواْ يَفۡتَرُونَ (٢٨) وَإِذۡ صَرَفۡنَآ إِلَيۡكَ نَفَرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ يَسۡتَمِعُونَ
ٱلۡقُرۡءَانَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوٓاْ أَنصِتُواْۖ فَلَمَّا قُضِىَ وَلَّوۡاْ
إِلَىٰ قَوۡمِهِم مُّنذِرِينَ (٢٩) قَالُواْ يَـٰقَوۡمَنَآ إِنَّا سَمِعۡنَا ڪِتَـٰبًا أُنزِلَ مِنۢ
بَعۡدِ مُوسَىٰ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ يَہۡدِىٓ إِلَى ٱلۡحَقِّ
وَإِلَىٰ طَرِيقٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٣٠) يَـٰقَوۡمَنَآ أَجِيبُواْ دَاعِىَ ٱللَّهِ وَءَامِنُواْ بِهِۦ يَغۡفِرۡ
لَڪُم مِّن ذُنُوبِكُمۡ وَيُجِرۡكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (٣١)
وَمَن لَّا يُجِبۡ دَاعِىَ ٱللَّهِ فَلَيۡسَ
بِمُعۡجِزٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَيۡسَ لَهُ ۥ مِن دُونِهِۦۤ أَوۡلِيَآءُۚ
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ (٣٢) أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ
وَٱلۡأَرۡضَ وَلَمۡ يَعۡىَ بِخَلۡقِهِنَّ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧىَ
ٱلۡمَوۡتَىٰۚ بَلَىٰٓ إِنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٣٣)
وَيَوۡمَ يُعۡرَضُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ
عَلَى ٱلنَّارِ أَلَيۡسَ هَـٰذَا بِٱلۡحَقِّۖ قَالُواْ بَلَىٰ وَرَبِّنَاۚ قَالَ
فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ (٣٤) فَٱصۡبِرۡ كَمَا صَبَرَ أُوْلُواْ ٱلۡعَزۡمِ مِنَ
ٱلرُّسُلِ وَلَا تَسۡتَعۡجِل لَّهُمۡۚ كَأَنَّہُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَ مَا يُوعَدُونَ
لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا سَاعَةً۬ مِّن نَّہَارِۭۚ بَلَـٰغٌ۬ۚ فَهَلۡ يُهۡلَكُ
إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٣٥)
Surah Al-Ahqaf
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Haa, Miim. (1) Diturunkan Al-Quran
ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (2) (Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar
dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu (yang padanya dijalankan
pembalasan) dan orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang
diberikan kepada mereka mengenainya. (3) Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik yang
menentangmu): Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk yang kamu
seru dan sembah yang lain dari Allah? Tunjukkanlah kepadaku apakah yang mereka
ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai sebarang
perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kamu
kepadaku sebuah Kitab (dari Allah) yang lain dari Al-Quran ini atau sebarang
keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang yang telah lalu) kalau
betul kamu orang-orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu)! (4)
Dan tidak ada yang lebih sesat daripada
orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut
atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari
kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau
memberi layanan baik kepada permohonan mereka. (5) Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalnya
pada hari akhirat), menjadilah segala yang disembah itu musuh kepada orang-orang
yang menyembahnya, dan segala yang disembah itu juga tidak mengakui serta
mendustakan penyembahan mereka kepadanya. (6) Dan apabila dibacakan kepada mereka (yang kafir) ayat-ayat Quran kami
yang jelas nyata, berkatalah mereka terhadap kebenaran (Al-Quran) bila sahaja
disampaikan kepada mereka: Ini ialah sihir yang nyata!. (7) (Bukan setakat itu sahaja mereka katakan) bahkan mereka
menuduh dengan berkata: Muhammad telah merekakan Al-Quran itu. Katakanlah (Wahai
Muhammad): Kalau aku merekakan Al-Quran itu (maka tentulah aku tidak terlepas
dari azab kesalahan itu) kerana kamu (dan juga yang lain dari kamu) tidak
berkuasa memberikan daku sebarang perlindungan dari (azab) Allah. Allah lebih
mengetahui akan (tuduhan-tuduhan yang tidak berasas) yang kamu perkatakan itu;
cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu dan Dialah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (8) Katakanlah lagi: Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama yang
berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu) dan aku
tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak
melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak
lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata. (9)
Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu
jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah dan kamu mengingkarinya, pada hal
ada seorang saksi dari Bani Israil memberi keterangan mengakui (sahnya Kitab)
yang sama seperti Al-Quran ini, lalu dia percayakan (Al-Quran ini dari Allah),
sedang kamu dengan sombong angkuh mengingkarinya? (Tidakkah dengan yang demikian
kamu bersifat zalim)? Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada
orang-orang yang zalim (yang degil dalam kekufurannya). (10) Dan (kerana sombong angkuhnya orang-orang kafir itu)
mereka berkata tentang kepercayaan orang-orang yang beriman: Kalaulah (apa yang
dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului
kami mempercayainya (kerana kamilah yang sepatutnya menerima segala kebaikan)!
Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, (mereka
memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata: Al-Quran ini ialah rekaan
dusta yang sudah lama. (11) (Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang
telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan
dan rahmat (kepada umatnya) dan Al-Quran pula sebuah Kitab yang mengesahkan
kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), diturunkan dalam bahasa Arab untuk
memberi amaran kepada orang-orang yang zalim dan berita gembira bagi orang-orang
yang berbuat kebaikan. (12) Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:
Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul
(dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari
sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(13) Merekalah ahli Syurga, tetap
kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka
telah kerjakan. (14) Dan Kami wajibkan
manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang
sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah
dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan
nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat
kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk
patuh kepadamu). / (15) Mereka (yang
bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang
Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan dan Kami
ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli
Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.
(16) Dan (sebaliknya amatlah
derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka
mengajaknya beriman): Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu
menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal
berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? Sambil
mendengar kata-katanya itu ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah
(menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu):
Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)!
Sesungguhnya janji Allah tetap benar. Lalu dia menjawab (dengan angkuhnya):
Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala! (17)
Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu)
ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan
umat-umat yang terdahulu daripada mereka dari kalangan jin dan manusia; kerana
sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.
(18) Dan bagi mereka masing-masing
(dari puak jin dan manusia yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan
berbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan
dan (ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka
balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun). (19)
Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir
didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan
nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah
bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang
menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak
berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik. (20)
Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara
kaum Aad, ketika dia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah
"Al-Ahqaaf", sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-amaran yang telah
diberikan oleh Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya dan yang datang sesudahnya
(dengan berkata): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku
bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar (huru-haranya). (21)
Mereka menjawab: Adakah engkau datang
kepada kami untuk memesongkan kami dari menyembah tuhan-tuhan kami? Maka bawalah
azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika betul engkau dari
orang-orang yang benar! (22) Nabi Hud berkata: Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang kedatangan
azab itu) hanya ada di sisi Allah dan (tugasku hanya) menyampaikan kepada kamu
apa yang aku diutuskan membawanya, tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil
(akan tugas Rasul)! (23) Maka apabila mereka
melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka
berkata: Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita! (Mendengarkan
kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): Tidak! Bahkan itulah (azab) yang
kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang
tidak terperi sakitnya; (24) Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya.
(Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) tidak ada
yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas
kaum yang berdosa. (25) Dan demi
sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka (dengan kekuasaan dan
kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Mekah)
dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam
pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah
sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat
keterangan Allah dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang
mereka telah ejek-ejek itu. (26) Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri yang ada di
sekeliling (negeri) kamu (wahai kaum musyrik Mekah) dan Kami telah menerangkan
tanda-tanda (kekuasaan Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka kembali
(bertaubat). (27) Maka sepatutnya
mereka dibela oleh segala yang mereka sembah yang lain dari Allah sebagai
penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah)? (Tetapi tidak), bahkan segala
yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka dan demikianlah akibat
penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan. (28)
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami
menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar
Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada
yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!
Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya
(menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. (29)
Mereka berkata: Wahai kaum kami!
Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah)
sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu
daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus
(agama Islam) (30) Wahai kaum kami!
Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta
berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa
kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (31)
Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul
yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari
balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan
beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang
membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.
(32) Masihkah mereka ingkar dan
tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah
menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam
menciptakannya berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah
tentu berkuasa! Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (33)
Dan (ingatlah) hari orang-orang yang kafir
didedahkan kepada Neraka, (lalu dikatakan kepada mereka): Bukankah (azab) Neraka
ini benar? Mereka menjawab: Ya, benar, demi Tuhan kami! (Setelah itu) dikatakan
lagi (kepada mereka): Maka sekarang rasalah azab seksa dengan sebab kamu kufur
ingkar di dunia dahulu. (34) (Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai
Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulul Azmi"
(yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang
terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk
mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab
yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di
dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang
demikian) cukuplah menjadi pengajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka
(ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik (derhaka). / (35)