سُوۡرَةُ الذّاریَات
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلذَّٲرِيَـٰتِ ذَرۡوً۬ا (١) فَٱلۡحَـٰمِلَـٰتِ وِقۡرً۬ا (٢) فَٱلۡجَـٰرِيَـٰتِ يُسۡرً۬ا (٣) فَٱلۡمُقَسِّمَـٰتِ أَمۡرًا (٤) إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ۬ (٥) وَإِنَّ ٱلدِّينَ لَوَٲقِعٌ۬ (٦) وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلۡحُبُكِ (٧) إِنَّكُمۡ لَفِى قَوۡلٍ۬ مُّخۡتَلِفٍ۬ (٨)
يُؤۡفَكُ عَنۡهُ مَنۡ أُفِكَ (٩)
قُتِلَ ٱلۡخَرَّٲصُونَ (١٠)
ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى غَمۡرَةٍ۬ سَاهُونَ
(١١) يَسۡـَٔلُونَ أَيَّانَ يَوۡمُ
ٱلدِّينِ (١٢) يَوۡمَ هُمۡ عَلَى ٱلنَّارِ
يُفۡتَنُونَ (١٣) ذُوقُواْ
فِتۡنَتَكُمۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تَسۡتَعۡجِلُونَ (١٤)
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ۬
وَعُيُونٍ (١٥) ءَاخِذِينَ مَآ
ءَاتَٮٰهُمۡ رَبُّہُمۡۚ إِنَّہُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٲلِكَ مُحۡسِنِينَ (١٦)
كَانُواْ قَلِيلاً۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا
يَہۡجَعُونَ (١٧) وَبِٱلۡأَسۡحَارِ
هُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ (١٨) وَفِىٓ أَمۡوَٲلِهِمۡ حَقٌّ۬ لِّلسَّآٮِٕلِ وَٱلۡمَحۡرُومِ (١٩)
وَفِى ٱلۡأَرۡضِ ءَايَـٰتٌ۬ لِّلۡمُوقِنِينَ
(٢٠) وَفِىٓ أَنفُسِكُمۡۚ أَفَلَا
تُبۡصِرُونَ (٢١) وَفِى ٱلسَّمَآءِ
رِزۡقُكُمۡ وَمَا تُوعَدُونَ (٢٢) فَوَرَبِّ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ إِنَّهُ ۥ لَحَقٌّ۬ مِّثۡلَ مَآ
أَنَّكُمۡ تَنطِقُونَ (٢٣) هَلۡ أَتَٮٰكَ حَدِيثُ ضَيۡفِ إِبۡرَٲهِيمَ ٱلۡمُكۡرَمِينَ (٢٤)
إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ
سَلَـٰمً۬اۖ قَالَ سَلَـٰمٌ۬ قَوۡمٌ۬ مُّنكَرُونَ (٢٥) فَرَاغَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ فَجَآءَ بِعِجۡلٍ۬ سَمِينٍ۬
(٢٦) فَقَرَّبَهُ ۥۤ إِلَيۡہِمۡ
قَالَ أَلَا تَأۡكُلُونَ (٢٧) فَأَوۡجَسَ مِنۡہُمۡ خِيفَةً۬ۖ قَالُواْ لَا تَخَفۡۖ وَبَشَّرُوهُ
بِغُلَـٰمٍ عَلِيمٍ۬ (٢٨) فَأَقۡبَلَتِ ٱمۡرَأَتُهُ ۥ فِى صَرَّةٍ۬ فَصَكَّتۡ وَجۡهَهَا وَقَالَتۡ
عَجُوزٌ عَقِيمٌ۬ (٢٩) قَالُواْ كَذَٲلِكِ
قَالَ رَبُّكِۖ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡحَكِيمُ ٱلۡعَلِيمُ (٣٠) ۞ قَالَ فَمَا خَطۡبُكُمۡ أَيُّہَا ٱلۡمُرۡسَلُونَ (٣١)
قَالُوٓاْ إِنَّآ أُرۡسِلۡنَآ إِلَىٰ
قَوۡمٍ۬ مُّجۡرِمِينَ (٣٢) لِنُرۡسِلَ عَلَيۡہِمۡ حِجَارَةً۬ مِّن طِينٍ۬ (٣٣)
مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ لِلۡمُسۡرِفِينَ
(٣٤) فَأَخۡرَجۡنَا مَن كَانَ
فِيہَا مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٣٥) فَمَا وَجَدۡنَا فِيہَا غَيۡرَ بَيۡتٍ۬ مِّنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (٣٦)
وَتَرَكۡنَا فِيہَآ ءَايَةً۬ لِّلَّذِينَ
يَخَافُونَ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ (٣٧) وَفِى مُوسَىٰٓ إِذۡ أَرۡسَلۡنَـٰهُ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ بِسُلۡطَـٰنٍ۬
مُّبِينٍ۬ (٣٨) فَتَوَلَّىٰ
بِرُكۡنِهِۦ وَقَالَ سَـٰحِرٌ أَوۡ مَجۡنُونٌ۬ (٣٩) فَأَخَذۡنَـٰهُ وَجُنُودَهُ ۥ فَنَبَذۡنَـٰهُمۡ فِى
ٱلۡيَمِّ وَهُوَ مُلِيمٌ۬ (٤٠) وَفِى عَادٍ إِذۡ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡہِمُ ٱلرِّيحَ ٱلۡعَقِيمَ (٤١)
مَا تَذَرُ مِن شَىۡءٍ أَتَتۡ عَلَيۡهِ
إِلَّا جَعَلَتۡهُ كَٱلرَّمِيمِ (٤٢) وَفِى ثَمُودَ إِذۡ قِيلَ لَهُمۡ تَمَتَّعُواْ حَتَّىٰ حِينٍ۬ (٤٣)
فَعَتَوۡاْ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّہِمۡ
فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَهُمۡ يَنظُرُونَ (٤٤) فَمَا ٱسۡتَطَـٰعُواْ مِن قِيَامٍ۬ وَمَا كَانُواْ
مُنتَصِرِينَ (٤٥) وَقَوۡمَ نُوحٍ۬ مِّن
قَبۡلُۖ إِنَّہُمۡ كَانُواْ قَوۡمً۬ا فَـٰسِقِينَ (٤٦) وَٱلسَّمَآءَ بَنَيۡنَـٰهَا بِأَيۡيْدٍ۬ وَإِنَّا
لَمُوسِعُونَ (٤٧) وَٱلۡأَرۡضَ
فَرَشۡنَـٰهَا فَنِعۡمَ ٱلۡمَـٰهِدُونَ (٤٨) وَمِن ڪُلِّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ
(٤٩) فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ
إِنِّى لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٥٠) وَلَا تَجۡعَلُواْ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَۖ
إِنِّى لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٥١) كَذَٲلِكَ مَآ أَتَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِم مِّن
رَّسُولٍ إِلَّا قَالُواْ سَاحِرٌ أَوۡ مَجۡنُونٌ (٥٢) أَتَوَاصَوۡاْ بِهِۦۚ بَلۡ هُمۡ قَوۡمٌ۬ طَاغُونَ (٥٣)
فَتَوَلَّ عَنۡہُمۡ فَمَآ أَنتَ بِمَلُومٍ۬
(٥٤) وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ
تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٥٥) وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)
مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ
أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ (٥٧) إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ (٥٨)
فَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُواْ ذَنُوبً۬ا
مِّثۡلَ ذَنُوبِ أَصۡحَـٰبِہِمۡ فَلَا يَسۡتَعۡجِلُونِ (٥٩) فَوَيۡلٌ۬ لِّلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِن يَوۡمِهِمُ ٱلَّذِى
يُوعَدُونَ (٦٠)
Surah Adh-Dhariyat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani
Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih dan
lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya; (1)
Dan awan yang membawa dan mengangkut
muatannya (ke tempat yang dikehendaki); (2) Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan
kepadanya; (3) Dan malaikat-malaikat yang
membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya; (4)
(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya
segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; (5)
Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap
berlaku. (6) Demi langit yang mempunyai
jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya, (7) Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat
(mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w). (8) Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang
telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran). (9)
Binasalah orang-orang yang sentiasa
mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, (10) (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta
lalaikan (hari pembalasan). (11) Mereka bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari pembalasan
itu? (12) (Jawabnya: Hari itu ialah)
hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api Neraka. (13) (Sambil dikatakan kepada mereka): Rasalah azab seksa
yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan
kedatangannya. (14) Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga,
dengan mata air-mata air terpancar padanya. (15) (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan
rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia
dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. (16) Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari
waktu malam, untuk mereka tidur. (17) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu
beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (18) Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang
mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin
yang menahan diri (daripada meminta). (19) Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan
Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, (20)
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka
mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
(21) Dan di langit pula terdapat
(sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan)
dijanjikan kepada kamu. (22) Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu
tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya
diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata. (23) Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu
Nabi Ibrahim yang dimuliakan? (24) Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata:
Salam sejahtera kepadamu! Dia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! (Sambil
berkata dalam hati): Mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. (25)
Kemudian dia masuk mendapatkan Ahli
rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). (26)
Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil
berkata: Silalah makan. (27) (Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka dia
merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata:
Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim). Lalu mereka memberikan berita gembira
kepadanya, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. (28)
(Mendengarkan berita yang menggembirakan
itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya
sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?
(29) Mereka berkata: Demikianlah
Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang
Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. (30) Nabi Ibrahim bertanya: (Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu
wahai utusan Tuhan? (31) Mereka menjawab:
Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan
mereka); (32) Supaya Kami menimpakan mereka
dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar), (33) Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk
membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya). (34)
(Setelah sampai utusan Kami ke tempat
itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang
tinggal di situ. (35) (Sesudah diperiksa)
maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang
ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut). (36)
Dan Kami tinggalkan di negeri itu
(timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai
tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada
azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (37) Dan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi
keinsafan), ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang
nyata. (38) Maka Firaun berpaling ingkar
dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: (Musa itu) adalah seorang ahli
sihir atau seorang gila! (39) Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya,
kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang dia berkeadaan tercela.
(40) Dan juga pada (kisah) kaum
Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), ketika kami hantarkan
kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; (41)
Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun
yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu. (42)
Dan juga pada (kisah) kaum Thamud
(terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) ketika dikatakan kepada
mereka: Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)! (43)
Maka mereka membesarkan diri terhadap
perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan
diri), sedang mereka melihatnya. (44) Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi dan mereka juga
tidak mendapat pertolongan. (45) Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya
mereka adalah kaum yang fasik (derhaka). (46) Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam
bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan
yang luas tidak terhingga. (47) Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka
Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya. (48) Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya
kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami). (49) (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka
segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya
aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (50)
Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain
bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah
kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata. (51) Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya
samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) tidak ada seorang Rasul pun yang
datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata:
Dia adalah seorang ahli sihir atau seorang gila. (52) Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai
kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu? (Sudah tentu mereka tidak dapat
berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas
(dalam keingkarannya). (53) Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang
menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan
(setelah engkau memberi amaran kepada mereka). (54) Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(55) Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu. (56) Aku tidak sekali-kali
menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki
supaya mereka memberi makan kepadaKu. (57) Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian
makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,
lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (58) (Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi
orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya
(dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah
lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.
(59) Maka kecelakaan dan
kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada
mereka. / (60)