سُوۡرَةُ الزّلزَلة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا (١) وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا (٢)
وَقَالَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا لَهَا (٣)
يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا (٤)
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا (٥)
يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتً۬ا
لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَـٰلَهُمۡ (٦) فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧)
وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا
يَرَهُ ۥ (٨)'
Surah Al-Zalzala
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1)
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
(2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan
gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4)
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku
demikian). (5) Pada hari itu manusia akan
keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka
(balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)! / (8)