سُوۡرَةُ الجُمُعَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ ٱلۡمَلِكِ
ٱلۡقُدُّوسِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَكِيمِ (١) هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ
عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ
وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٢) وَءَاخَرِينَ مِنۡہُمۡ لَمَّا يَلۡحَقُواْ بِہِمۡۚ وَهُوَ
ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٣) ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو
ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ (٤) مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ ثُمَّ لَمۡ يَحۡمِلُوهَا
كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ
كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
(٥) قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ
هَادُوٓاْ إِن زَعَمۡتُمۡ أَنَّكُمۡ أَوۡلِيَآءُ لِلَّهِ مِن دُونِ ٱلنَّاسِ
فَتَمَنَّوُاْ ٱلۡمَوۡتَ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٦) وَلَا يَتَمَنَّوۡنَهُ ۥۤ أَبَدَۢا بِمَا قَدَّمَتۡ
أَيۡدِيهِمۡۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلظَّـٰلِمِينَ (٧) قُلۡ إِنَّ ٱلۡمَوۡتَ ٱلَّذِى تَفِرُّونَ مِنۡهُ
فَإِنَّهُ ۥ مُلَـٰقِيڪُمۡۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ
وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٨)
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا
نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ
وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٩)
فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ
فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا
لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٠) وَإِذَا رَأَوۡاْ تِجَـٰرَةً أَوۡ لَهۡوًا ٱنفَضُّوٓاْ إِلَيۡہَا
وَتَرَكُوكَ قَآٮِٕمً۬اۚ قُلۡ مَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهۡوِ وَمِنَ
ٱلتِّجَـٰرَةِۚ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ (١١)
Surah Al-Jumua
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap
tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1) Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang
Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta
mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam
mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi
Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (2) Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada)
orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan
datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana. (3) (Pengutusan Nabi
Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah
limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan
sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar. (4) (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam
Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka)
bandingan orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan
(mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak
menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul
bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk
sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan
(ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim. (5)
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai
orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja
orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka
bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu
dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar! (6)
Dan (sudah tentu) mereka tidak akan
bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang
mereka telah lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim
itu. (7) Katakanlah (wahai Muhammad):
Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan
menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui
segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu
telah lakukan (serta membalasnya). (8) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid)
untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah
berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (9) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka
bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati
dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala
keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (10)
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan
barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka
bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas
mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di
sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah
sebaik-baik pemberi rezeki. / (11)