سُوۡرَةُ الانفِطار
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ (١) وَإِذَا ٱلۡكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتۡ (٢) وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ (٣) وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ (٤) عَلِمَتۡ نَفۡسٌ۬ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ (٥)
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا غَرَّكَ
بِرَبِّكَ ٱلۡڪَرِيمِ (٦) ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّٮٰكَ فَعَدَلَكَ (٧) فِىٓ أَىِّ صُورَةٍ۬ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ (٨)
كَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ (٩)
وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَـٰفِظِينَ (١٠)
كِرَامً۬ا كَـٰتِبِينَ (١١)
يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ (١٢)
إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِى نَعِيمٍ۬ (١٣)
وَإِنَّ ٱلۡفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍ۬ (١٤)
يَصۡلَوۡنَہَا يَوۡمَ ٱلدِّينِ (١٥)
وَمَا هُمۡ عَنۡہَا بِغَآٮِٕبِينَ (١٦)
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ
(١٧) ثُمَّ مَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا
يَوۡمُ ٱلدِّينِ (١٨) يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ
نَفۡسٌ۬ لِّنَفۡسٍ۬ شَيۡـًٔ۬اۖ وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلَّهِ (١٩)
Surah Al-Infitar
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Apabila langit terbelah. (1) Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. (2) Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. (3)
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. (4)
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap
orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. (5)
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu
(berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? (6) Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu
menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan),
serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. (7)
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang
dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu. (8) Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang
ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. (9)
Padahal sesungguhnya, ada
malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (10)
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di
sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu). (11) Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (12)
(Gunanya catatan malaikat-malaikat itu
ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana
sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap
berada dalam Syurga yang penuh nikmat. (13) Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka
yang menjulang-julang. (14) Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan. (15)
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab
seksanya), tidak ghaib daripadanya. (16) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan
itu? (17) Sekali lagi, apa jalannya
engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (18)
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak
dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada
hari itu tertentu bagi Allah. / (19)