سُوۡرَةُ الحَاقَّة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلۡحَآقَّةُ (١) مَا ٱلۡحَآقَّةُ (٢) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡحَآقَّةُ (٣) كَذَّبَتۡ ثَمُودُ وَعَادُۢ بِٱلۡقَارِعَةِ (٤)
فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهۡلِڪُواْ
بِٱلطَّاغِيَةِ (٥) وَأَمَّا عَادٌ۬
فَأُهۡلِڪُواْ بِرِيحٍ۬ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٍ۬ (٦) سَخَّرَهَا عَلَيۡہِمۡ سَبۡعَ لَيَالٍ۬ وَثَمَـٰنِيَةَ
أَيَّامٍ حُسُومً۬ا فَتَرَى ٱلۡقَوۡمَ فِيہَا صَرۡعَىٰ كَأَنَّہُمۡ أَعۡجَازُ
نَخۡلٍ خَاوِيَةٍ۬ (٧) فَهَلۡ تَرَىٰ لَهُم
مِّنۢ بَاقِيَةٍ۬ (٨) وَجَآءَ فِرۡعَوۡنُ
وَمَن قَبۡلَهُ ۥ وَٱلۡمُؤۡتَفِكَـٰتُ بِٱلۡخَاطِئَةِ (٩) فَعَصَوۡاْ رَسُولَ رَبِّہِمۡ فَأَخَذَهُمۡ أَخۡذَةً۬
رَّابِيَةً (١٠) إِنَّا لَمَّا طَغَا
ٱلۡمَآءُ حَمَلۡنَـٰكُمۡ فِى ٱلۡجَارِيَةِ (١١) لِنَجۡعَلَهَا لَكُمۡ تَذۡكِرَةً۬ وَتَعِيَہَآ أُذُنٌ۬
وَٲعِيَةٌ۬ (١٢) فَإِذَا نُفِخَ فِى
ٱلصُّورِ نَفۡخَةٌ۬ وَٲحِدَةٌ۬ (١٣) وَحُمِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً۬ وَٲحِدَةً۬
(١٤) فَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَقَعَتِ
ٱلۡوَاقِعَةُ (١٥) وَٱنشَقَّتِ
ٱلسَّمَآءُ فَهِىَ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَاهِيَةٌ۬ (١٦) وَٱلۡمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرۡجَآٮِٕهَاۚ وَيَحۡمِلُ عَرۡشَ
رَبِّكَ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ ثَمَـٰنِيَةٌ۬ (١٧) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٌ۬
(١٨) فَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ
كِتَـٰبَهُ ۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَـٰبِيَهۡ (١٩)
إِنِّى ظَنَنتُ أَنِّى مُلَـٰقٍ حِسَابِيَهۡ
(٢٠) فَهُوَ فِى عِيشَةٍ۬
رَّاضِيَةٍ۬ (٢١) فِى جَنَّةٍ
عَالِيَةٍ۬ (٢٢) قُطُوفُهَا
دَانِيَةٌ۬ (٢٣) كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ
هَنِيٓـَٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِى ٱلۡأَيَّامِ ٱلۡخَالِيَةِ (٢٤)
وَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُ ۥ
بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى لَمۡ أُوتَ كِتَـٰبِيَهۡ (٢٥)
وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ (٢٦)
يَـٰلَيۡتَہَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ (٢٧)
مَآ أَغۡنَىٰ عَنِّى مَالِيَهۡۜ (٢٨)
هَلَكَ عَنِّى سُلۡطَـٰنِيَهۡ (٢٩)
خُذُوهُ فَغُلُّوهُ (٣٠)
ثُمَّ ٱلۡجَحِيمَ صَلُّوهُ (٣١)
ثُمَّ فِى سِلۡسِلَةٍ۬ ذَرۡعُهَا سَبۡعُونَ
ذِرَاعً۬ا فَٱسۡلُكُوهُ (٣٢) إِنَّهُ ۥ كَانَ لَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ ٱلۡعَظِيمِ (٣٣)
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ
(٣٤) فَلَيۡسَ لَهُ ٱلۡيَوۡمَ
هَـٰهُنَا حَمِيمٌ۬ (٣٥) وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنۡ غِسۡلِينٍ۬ (٣٦) لَّا يَأۡكُلُهُ ۥۤ إِلَّا ٱلۡخَـٰطِـُٔونَ (٣٧)
فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَا تُبۡصِرُونَ (٣٨)
وَمَا لَا تُبۡصِرُونَ (٣٩)
إِنَّهُ ۥ لَقَوۡلُ رَسُولٍ۬ كَرِيمٍ۬
(٤٠) وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ
شَاعِرٍ۬ۚ قَلِيلاً۬ مَّا تُؤۡمِنُونَ (٤١) وَلَا بِقَوۡلِ كَاهِنٍ۬ۚ قَلِيلاً۬ مَّا تَذَكَّرُونَ (٤٢)
تَنزِيلٌ۬ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
(٤٣) وَلَوۡ تَقَوَّلَ عَلَيۡنَا
بَعۡضَ ٱلۡأَقَاوِيلِ (٤٤) لَأَخَذۡنَا مِنۡهُ بِٱلۡيَمِينِ (٤٥) ثُمَّ لَقَطَعۡنَا مِنۡهُ ٱلۡوَتِينَ (٤٦)
فَمَا مِنكُم مِّنۡ أَحَدٍ عَنۡهُ
حَـٰجِزِينَ (٤٧) وَإِنَّهُ ۥ
لَتَذۡكِرَةٌ۬ لِّلۡمُتَّقِينَ (٤٨) وَإِنَّا لَنَعۡلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ (٤٩)
وَإِنَّهُ ۥ لَحَسۡرَةٌ عَلَى
ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٥٠) وَإِنَّهُ ۥ لَحَقُّ
ٱلۡيَقِينِ (٥١) فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ
رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ (٥٢)
Surah Al-Haaqqa
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Saat yang tetap berlaku itu. (1) Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (2)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui
tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari
kiamat). (3) Kaum Thamud dan Aad telah
mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu. (4)
Maka (masing-masing menerima azab
dunianya), adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan
(petir) yang melampau dahsyatnya. (5) Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin
ribut yang kencang, yang melampau kencangnya. (6) Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari
terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum
itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang
(tumbang dan) lompang. (7) Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka
(yang masih hidup)? (8) Dan (selain dari
mereka) datanglah Firaun dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta
penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan, dengan melakukan
perkara-perkara yang salah. (9) Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh)
Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.
(10) Sesungguhnya Kami, ketika air
(banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), telah mengangkut
(serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak
laju pelayarannya). (11) (Kami lakukan yang
demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu dan untuk
didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima
pengajaran. (12) Kemudian (ketahuilah
bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup. (13) Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya)
lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur. (14) Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. (15)
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia
pada saat itu reput (dan runtuh). (16) Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan
Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas
malaikat-malaikat yang mengawal itu. (17) Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada
sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang
tersembunyi. (18) Maka sesiapa yang
diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata
(dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab
amalku ini! (19) Sesungguhnya aku
telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada
hari yang ditentukan)! (20) Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang
lagi memuaskan. (21) Di dalam Syurga yang
tinggi (darjatnya). (22) Buah-buahannya dekat
untuk dipetik. (23) (Masing-masing
dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu makanan dan
minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal
soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)! (24)
Adapun orang yang diberikan menerima Kitab
amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah
baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku. (25) Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. (26)
Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia
dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak
dibangkitkan lagi). (27) Harta kekayaanku
tidak dapat menolongku sedikitpun. (28) Kuat kuasaku (dan hujah-hujahku membela diri), telah binasa dan
hilang lenyap dariku. (29) (Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang
berdosa itu serta belenggulah dia. (30) Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim. (31)
Selain dari itu, masukkanlah dia dalam
(lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan
membelitkannya ke badannya)! (32) Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.
(33) Dan dia juga tidak
menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima
oleh) orang miskin. (34) Maka pada hari ini,
tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai
(yang dapat menolongnya). (35) Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur. (36)
Yang tidak memakannya melainkan
orang-orang yang melakukan perkara yang salah. (37) Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu
melihatnya. (38) Dan segala (yang
ghaib) yang kamu tidak melihatnya. (39) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang
disampaikan oleh Rasul yang mulia. (40) Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang
kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. (41)
Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan
seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit
kamu mengambil peringatan. (42) (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (43)
Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang
menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta (sebarang
kata-kata rekaan). (44) Sudah tentu Kami
akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. (45) Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali
jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta). (46) Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat
menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. (47) Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan
bagi orang-orang yang bertakwa. (48) Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang
mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya). (49) Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan
menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima
balasan). (50) Dan sesungguhnya Al-Quran itu
adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya). (51)
Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama
Tuhanmu Yang Maha Besar. / (52)